LG LM-Q610YB User Manual page 424

Hide thumbs Also See for LM-Q610YB:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Skrin sentuh memberikan respons dengan perlahan atau
tidak betul
Jika anda melampirkan pelindung skrin atau aksesori pilihan pada skrin sentuh,
skrin sentuh mungkin tidak berfungsi dengan betul.
Jika anda memakai sarung tangan, tangan anda kotor semasa menyentuh skrin
sentuh atau anda mengetik skrin dengan objek yang tajam atau hujung jari anda,
skrin sentuh mungkin malfungsi.
Skrin sentuh mungkin malfungsi dalam keadaan lembap atau apabila terdedah
kepada air.
Mulakan semula peranti anda untuk mengosongkan sebarang pepijat perisian
sementara.
Jika skrin sentuh tercalar atau rosak, lawati Pusat Perkhidmatan LG Electronics.
Tergantung atau kaku
Mulakan semula peranti
Jika peranti anda kaku atau tergantung, anda mungkin perlu menutup aplikasi
atau mematikan peranti kemudian menghidupkannya sekali lagi.
Menjalankan but
Tetapan semula lembut boleh digunakan untuk menetapkan semula peranti jika
skrin kaku atau butang, skrin sentuh atau peranti tidak lagi memberikan respons.
Untuk menjalankan tetapan semula lembut peranti anda, hanya tekan & tahan
kekunci Kelantangan Ke Bawah dan Kuasa sehingga peranti dimulakan semula.
Tetapkan semula peranti
Jika kaedah di atas tidak menyelesaikan masalah anda, lakukan tetapan semula
data kilang.
Pada skrin tetapan, ketik Umum Sandaran & tetap semula Tetap semula
data kilang.
- Kaedah ini menetapkan semula semua tetapan untuk peranti dan
memadamkan data. Sebelum menjalankan tetap semula data kilang,
jangan lupa untuk membuat salinan sandaran semua data penting yang
disimpan dalam peranti.
- Jika anda telah mendaftarkan akaun Google pada peranti, anda mesti
daftar masuk ke akaun Google yang sama selepas penetapan semula
peranti.
Lampiran
140

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents