LG LM-Q610YB User Manual page 294

Hide thumbs Also See for LM-Q610YB:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
Matikan peranti anda sebelum menaiki sebarang pesawat terbang.
Jangan gunakannya apabila mendarat tanpa izin anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan peranti di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak kecil.
Ini termasuklah bahagian kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik jika
bahagian ini ditanggalkan.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia pada semua rangkaian mudah
alih. Oleh itu, anda tidak sepatutnya bergantung semata-mata kepada peranti
anda untuk membuat panggilan kecemasan. Semak dengan pembekal khidmat
tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya semula.
Tidak seperti sistem bateri lain, tiada kesan memori yang boleh menjejaskan
prestasi bateri.
Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk
memaksimumkan hayat bateri.
Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang boleh diterima. Pek
bateri mungkin dicas beratus kali sehingga ia perlu digantikan.
Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh masa yang lama untuk
memaksimumkan kebolehgunaan.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
10

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents