LG LM-Q610YB User Manual page 322

Hide thumbs Also See for LM-Q610YB:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Jangan cas jika peranti atau kabel pengecasan basah atau mengandungi
lembapan. Tindakan ini boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik,
kecederaan atau kerosakan kepada peranti.
Pastikan anda menggunakan kabel USB yang disediakan dengan peranti
anda.
Pastikan untuk menggunakan pengecas dan kabel pengecas LG yang
diluluskan. Mengecas bateri dengan pengecas pihak ketiga boleh
menyebabkan bateri meletup atau boleh merosakkan peranti.
Peranti ini mempunyai bateri yang tidak boleh dikeluarkan. Jangan cuba
menanggalkan penutup belakang.
Menggunakan peranti ketika sedang dicas boleh menyebabkan kejutan
elektrik. Untuk menggunakan peranti, hentikan pengecasan.
Cabut palam pengecas daripada soket kuasa selepas peranti dicas
sepenuhnya. Ini mencegah penggunaan kuasa tidak diperlukan.
Penyesuai pengecasan yang menyokong pengecasan pantas disertakan
bersama produk.
Ciri pengecasan pantas mungkin tidak berfungsi jika penyesuai pengecasan
pantas selain daripada penyesuai asli yang disertakan dengan produk ini
digunakan.
Satu lagi cara untuk mengecas bateri ialah dengan menyambungkan kabel
USB antara peranti dan komputer riba atau desktop. Ini mungkin mengambil
masa yang lebih lama daripada memasang penyesuai ke alur keluar dinding.
Jangan cas bateri dengan menggunakan hab USB yang tidak dapat
mengekalkan voltan terkadar. Pengecasan mungkin gagal atau terhenti
secara tidak sengaja.
Langkah berjaga-jaga ketika menggunakan peranti
Pastikan untuk menggunakan kabel USB yang disediakan; jangan gunakan
kabel USB atau pengecas pihak ketiga dengan peranti anda. Jaminan terhad LG
tidak melindungi penggunaan aksesori pihak ketiga.
Kegagalan untuk mengikut arahan dalam panduan pengguna dan penggunaan
yang tidak betul boleh merosakkan peranti itu.
Fungsi Asas
38

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents