LG LM-Q610YB User Manual page 310

Hide thumbs Also See for LM-Q610YB:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Jangan gunakan produk di tempat yang air bertekanan tinggi mungkin
disembur (cth. berhampiran pili atau kepala paip) atau merendamkannya dalam
air untuk jangka masa yang panjang disebabkan produk ini tidak direka untuk
menahan tekanan air yang tinggi.
Produk ini tidak tahan gegaran. Jangan menjatuhkan produk ini atau
mengenakan gegaran kepadanya. Perbuatan tersebut mungkin akan
merosakkan atau mencacatkan unit utama dan menyebabkan kebocoran air.
Ciri tahan air dan habuk produk boleh rosak sekiranya produk terjatuh atau
terkena impak yang kuat.
Jika produk basah, gunakan kain lembut yang bersih untuk benar-benar
mengeringkannya.
Skrin sentuh dan ciri lain mungkin tidak berfungsi dengan betul jika peranti
digunakan semasa basah.
Produk anda hanya tahan air apabila dulang SIM/Kad memori dimasukkan
dengan betul dalam produk.
Jangan buka atau tutup dulang SIM/Kad memori apabila produk basah atau
direndam dalam air. Pendedahan dulang terbuka kepada air atau kelembapan
mungkin merosakkan produk.
Dulang SIM/Kad memori mengandungi getah [pelapik] untuk membantu
menghalang debu, air atau kelembapan daripada memasuki produk. Jangan
rosakkan getah [pelapik] kerana ia mungkin membolehkan debu, air atau
kelembapan memasuki produk dan menyebabkan kerosakan.
Kegagalan untuk mengikut arahan yang diberikan mungkin membatalkan
waranti terhad peranti anda.
Ciri rekaan khusus
26

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents