Philips Multigroom 7000 Series User Manual page 12

Hide thumbs Also See for Multigroom 7000 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
2 Gerakkan pemotong dengan perlahan di atas mahkota dari arah yang
berlainan untuk mendapatkan hasil yang sekata. Pastikan bahagian
permukaan sikat sentiasa bersentuh dengan kulit.
-
Sentiasa gerakkan pemotong terhadap arah pertumbuhan rambut.
Tekan dengan perlahan.
-
Buat laluan-laluan bertindih merentasi kepala untuk memastikan
semua rambut yang perlu dipotong telah dipotong.
Pemasangan jitu untuk muka
Perapi tepat
Gunakan pemotong butiran untuk membuat garis halus dan kontur
sekeliling gaya muka anda, dekat dengan kulit (sehingga panjang
1/32in./0.5mm).
1
Pegang kepala pencukur kejituan melintang pada kulit dan gerakkan
kepala pencukur ke atas atau bawah dengan tekanan lembut.
Pencukur bulu hidung
Gunakan pencukur bulu hidung untuk merapikan bulu hidung dan telinga
anda.
- Pastikan lubang hidung anda bersih. Pastikan saluran telinga luar bersih
dan bebas daripada tahi telinga.
- Jangan masukkan hujungnya lebih daripada 3/16in./5mm.
- Sentiasa bersihkan pemasangan selepas setiap penggunaan.
Merapikan bulu hidung
1
Gerakkan hujungnya secara perlahan ke dalam dan keluar hidung sambil
memusingnya untuk memotong rambut tidak dikehendaki.
Merapikan bulu telinga
1
Gerakkan hujung sekeliling telinga untuk membuang rambut yang
terjulur keluar melebihi tepi telinga.
2 Gerakkan hujungnya secara perlahan ke dalam dan keluar saluran luar
telinga untuk memotong rambut tidak dikehendaki.
Pencukur tepat
Gunakan pencukur kejituan selepas memotong, untuk mencukur rambut
tidak diingini pada pipi, dagu dan sepanjang janggut dengan jitu. Pastikan
anda memotong dahulu janggut, menggunakan pemotong rambut saiz
penuh tanpa sikat, untuk mendapatkan hasil terbaik.
Catatan: Gunakan pencukur kejituan untuk mengeluarkan baki rambut dan
merapikan gaya janggut anda. Ia tidak sesuai untuk pencukuran penuh
muka.
1
Tekan pencukur kejituan dengan cermat pada kulit dan cukur sepanjang
pinggir berkontur untuk mengeluarkan rambut tidak diingini.
Pembersihan
Jangan sekali-kali gunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas
atau cecair yang agresif seperti petrol atau aseton untuk membersihkan
produk.
Jangan keringkan gigi pemotong dengan tuala atau tisu, kerana ini akan
merosakkan gigi pemotong.
Selepas setiap penggunaan: memersihkan dengan air paip
1
Matikan perkakas dan putuskan sambungan daripada soket dinding.
2 Keluarkan mana-mana sikat dan/atau elemen pemotong daripada
perkakas.
3 Bilas ruang rambut di bawah paip panas.
4 Bersihkan elemen pemotong dan sikat di bawah air pilih panas.
5 Buang lebihan air dengan berhati-hati dan biarkan semua bahagian
kering sepenuhnya.
Pembersihan rapi
1
Matikan perkakas dan putuskan sambungan daripada soket dinding.
2 Lapkan pemegang perkakas dengan kain kering.
3 Keluarkan mana-mana sikat dan/atau elemen pemotong daripada
perkakas.
4 Keluarkan rambut terkumpul dalam ruang rambut menggunakan berus
pembersih yang dibekalkan.
5 Keluarkan rambut terkumpul dalam elemen pemotong dan/atau sikat
menggunakan berus pembersih yang dibekalkan.
6 Bersihkan elemen pemotong di bawah air pilih panas.
7 Bersihkan sikat di bawah air pilih panas.
8 Buang lebihan air dengan berhati-hati dan biarkan semua bahagian
kering sepenuhnya.
Membersihkan perapi hidung
Bersihkan perapi hidung dengan segera selepas digunakan dan apabila
banyak rambut atau kekotoran telah berkumpul pada kepala perapi hidung.
1
Bilas kepala perapi hidung menggunakan air panas.
2 Hidupkan perkakas dan bilas kepala perapi hidung sekali untuk
membuang sebarang bulu yang tertinggal. Kemudian matikan perkakas
sekali lagi.
Untuk pembersihan penuh, rendamkan kepala perapi hidung dalam
mangkuk yang berisi air suam selama beberapa minit dan hidupkan
perkakas untuk mengeluarkan rambut yang sukar dibuang.
3 Buang lebihan air dengan berhati-hati dan biarkan semua bahagian
kering sepenuhnya.
Membersihkan pencukur jitu
1
Pegang pencukur jitu pada kepala pencukur di setiap sisi dan tarik
bahagian atas dari bahagia bawah.
2 Tiup dan/atau kibaskan sebarang helaian rambut yang terkumpul dalam
pencukur kejituan.
Jangan gunakan berus pembersihan untuk mengeluarkan rambut
daripada kerajang pencukur.
3 Bersihkan bahagian atas pencukur kejituan di bawah pili panas.
4 Buang lebihan air dengan berhati-hati dan biarkan semua bahagian
kering sepenuhnya.
5 Pasangkan semula bahagian atas dengan bahagian bawah kepala
pencukur.
Membersihkan pencukur badan
1
Keluarkan pelindung kulit ke atas daripada pencukur.
2 Bersihkan pelindung kulit dan pencukur badan di bawah air pili panas.
Jangan gunakan berus pembersihan untuk mengeluarkan rambut
daripada pencukur atau pelindung kulit.
3 Buang lebihan air dengan berhati-hati dan biarkan kedua-dua bahagian
kering sepenuhnya.
4 Pasang semula pelindung kulit pada badan pencukur.
Penyimpanan
- Simpan perkakas di dalam pau yang dibekalkan.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents