Menggunakan Perkakas - Philips Multigroom 7000 Series User Manual

Hide thumbs Also See for Multigroom 7000 Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
- Jangan rendam pengecas dalam air dan jangan bilasnya di bawah paip
air.
- Jangan gunakan unit bekalan di atau berdekatan dengan soket dinding
yang mengandungi penyegar udara elektrik untuk mencegah kerosakan
yang tidak boleh dibaiki kepada unit bekalan.
- Hanya gunakan perkakas ini untuk tujuan dimaksudkan seperti
ditunjukkan dalam manual pengguna.
- Atas sebab-sebab kebersihan, perkakas ini hendaklah hanya digunakan
oleh seorang sahaja.
- Jangan sekali-kali gunakan air yang lebih panas daripada 60°C untuk
membilas alat tersebut.
- Jangan sekali-kali gunakan udara termampat, pad penyental, agen
pembersih yang melelas atau cecair yang agresif seperti alkohol atau
aseton untuk membersihkan perkakas.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian dan peraturan yang
berkaitan dengan pendedahan kepada medan elektromagnet.
Am
- Perkakas ini kalis air. Ia sesuai untuk digunakan dalam tab mandi dan di
bawah pancuran dan untuk dibersihkan di bawah paip. Atas sebab-
sebab keselamatan, perkakas tersebut hanya boleh digunakan tanpa
kord.
- Unit bekalan sesuai untuk voltan sesalur kuasa antara 100 hingga 240
volt.
- Unit bekalan mengubah 100-240 volt kepada voltan rendah dan selamat
tidak melebihi 24 volt.
Pengecasan
Penunjuk status bateri
- Apabila bateri hampir habis, penunjuk status bateri berkelip jingga.
- Apabila perkakas sedang dicas, lampu penunjuk status bateri berkelip
putih dengan perlahan.
- Semasa pengecasan pantas, penunjuk status bateri berkelip putih.
Selepas lebih kurang 5 minit pengecasan, perkakas mengandungi kuasa
yang mencukupi untuk satu sesi pemotongan tanpa kord.
- Apabila bateri telah dicas sepenuhnya,lampu penunjuk status
bateri akan menyala putih berterusan.
Catatan: Selepas lebih kurang 30 minit, lampu mati secara automatik.
Pengecasan
Caskan perkakasan sebelum anda menggunakannya buat pertama kali dan
apabila paparan menunjukkan bateri hampir kosong. Apabila perkakasan
dicas selama 1 jam, perkakas mempunyai tempoh masa pengendalian
tanpa kord sehingga 2 jam.
1
Pastikan perkakas dimatikan.
1
2
2 Masukkan palam kecil ke dalam perkakas dan pasang unit bekalan ke
soket dinding.
3 Selepas mengecas, tanggalkan unit bekalan daripada salur keluar
dinding dan cabut plag kecil keluar dari perkakas.
Cas cepat
Selepas lebih kurang 5 minit pengecasan, perkakas mengandungi kuasa
yang mencukupi untuk satu sesi pemotongan tanpa kord.

Menggunakan perkakas

Catatan: Perkakas ini hanya boleh digunakan tanpa kord.
Catatan: Matikan dan bersihkan perkakas selepas setiap penggunaan.
Menanggalkan dan memasang elemen pemotong
1
Untuk menaggalkan elemen pemotong, tolak ke atas terhadap gigi
elemen pemotong dan tanggalkannya daripada pemegang.
2
1
2 Untuk memasang elemen pemotong, masukkan cuping elemen
pemotong ke dalam slot pemandu di bahagian depan dan tolak elemen
pemotong ke belakang pada perkakas ('klik').
Menaggalkan pencukur kejituan dan perapi hidung
1
Letakkan jari anda pada anak panah di bahagian belakang pemasangan
dan tolak daripada pemegang dalam arah anak panah.
Memasang dan menanggalkan sikat
1
2
1
Untuk menaggalkan elemen pemotong, tolak ke atas terhadap gigi
elemen pemotong dan tanggalkannya daripada pemegang. Kemudian
tekan ke bawah bahagian tengh pengadang dengan jari anda atau tapak
tangan anda ('klik').
2 Untuk menanggalkan sebarang jenis sikat daripada elemen pemotong,
tarik ke belakang dengan cermat bahagian belakang perkakas dan
luncurkan daripada pemotong elemen.
Catatan: Apabila memotong rambung buat kali pertama menggunakan
sikat dengan tetapan panjang pemotongan maksimum untuk
membiasakan diri anda dengan perkakas ini.
Menghidupkan atau mematikan perkakas
Tekan butang hidup/mati sekali untuk menghidupkan atau mematikan
perkakasan.
Pemasangan untuk janggut
Pemotong rambut saiz penuh
Gunakan pemotong rambut bersaiz penuh tanpa sikat untuk memotong
rambut dekat dengan kulit (sehingga panjang 1/32in (0.5mm) atau buat
garisan jelas sekeliling janggut, leher dan sideburn anda.
1
Untuk memotong rambut hampir dengan kulit, letakkan sisi leper elemen
pemotong terhadap kulit anda dan buat gerakkan terhadap arah
pertumbuhan rambut.
2 Untuk mengkontur, pegang elemen pemotong secara melintang pada
kulit dan gerakkan ke atas atau bawah dengan tekanan lembut.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents