Arahan Keselamatan - Panasonic S-22MK2E5A Operating Instructions Manual

Hide thumbs Also See for S-22MK2E5A:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

• Baca Arahan Operasi ini betul-betul sebelum menggunakan alat penyaman udara ini. Jika anda masih ada kesukaran atau
masalah, sila hubungi pengedar anda untuk bantuan.
• Alat penyaman udara ini direka untuk memberikan anda suasana bilik yang selesa. Gunakan alat ini untuk tujuannya yang
sebenar seperti dinyatakan dalam Arahan Operasi ini.
Pastikan dengan pengedar bertauliah atau pakar yang
sah tentang penggunaan sebarang jenis bahan pendingin
yang ditetapkan. Menggunakan jenis bahan pendingin
selain daripada jenis yang ditetapkan boleh menyebabkan
kerosakan produk, letupan, kecederaan dan sebagainya.
Jangan sentuh unit dengan tangan yang basah.
Jangan guna atau simpan gasolin atau wap atau cecair
mudah bakar lain berdekatan dengan penyaman udara - ini
sangat bahaya.
Jangan gunakan alat ini dalam atmosfera yang mungkin
meletup.
Penyaman udara ini tidak mempunyai ventilator untuk
menyedut masuk udara segar dari luar. Anda perlu
buka pintu atau tingkap dengan kerap apabila anda
menggunakan peralatan pemanas gas atau minyak di
dalam bilik yang sama, yang menggunakan banyak oksigen
daripada udara.
Jika tidak terdapat risiko lemas dalam kes yang teruk.
Sediakan outlet kuasa untuk digunakan secara eksklusif
bagi setiap unit, dan pemutus bekalan kuasa, pemutus
litar dan pemutus kebocoran bumi untuk perlindungan arus
lebih perlu disediakan pada talian eksklusif.
Sediakan outlet kuasa secara eksklusif untuk setiap unit,
dan pemutus sambungan sepenuhnya bermaksud memiliki
pemisah sentuhan pada semua tiang perlu disertakan pada
pendawaian tetap menurut peraturan pendawaian.
Untuk mencegah kemungkinan bahaya daripada
kegagalan penebat, unit perlu terbumi.
Jangan bersihkan bahagian dalam unit dalaman dan luaran
oleh pengguna. Panggil pengedar atau pakar yang sah
untuk pembersihan.
Sekiranya peralatan ini rosak, jangan baikinya sendiri.
Hubungi pengedar jualan atau pengedar servis untuk
pembaikan.
Kebocoran gas pendingin boleh menyebabkan kebakaran.
Untuk keselamatan, pastikan penyaman udara
dimatikan dan bekalan kuasa diputuskan sebelum
pembersihan atau servis.
Cabut palam kuasa daripada soket, atau matikan pemutus,
atau matikan kuasa untuk mengasingkan alat penyaman
udara daripada bekalan kuasa utama sekiranya berlaku
kecemasan.
Jangan masukkan jari anda atau objek lain ke
dalam unit dalaman atau luaran penyaman udara,
komponen yang berputar boleh menyebabkan
kecederaan.
Jangan gunakan wayar bekalan kuasa yang
diubahsuai, disambung, dipanjangkan atau
yang tiada aspek khusus untuk mencegah
pemanasan dan kebakaran.
18

ARAHAN KESELAMATAN

AMARAN
Berhenti daripada menggunakan produk jika berlaku
sebarang keganjilan/kegagalan dan cabut palam kuasa
atau matikan suis kuasa dan pemutus.
(Risiko asap/kebakaran/kejutan elektrik)
Contoh keganjilan/kegagalan
• ELCB kerap terbelantik.
• Terdapat bau terbakar.
• Terdapat bunyi atau gegaran luar biasa pada unit.
• Air menitis dari unit dalaman.
• Wayar atau palam kuasa menjadi luar biasa panas.
• Kelajuan kipas tidak boleh dikawal.
• Unit berhenti serta-merta walaupun suis dipasang untuk
operasi.
• Kipas tidak berhenti walaupun operasi sudah dihentikan.
Hubungi pengedar di tempat anda untuk penyelenggaraan/
pembaikan.
Peralatan ini bertujuan digunakan oleh pakar atau
pengguna terlatih di kedai, industri ringan dan di ladang,
atau untuk penggunaan komersial oleh orang biasa.
Jangan hidupkan atau matikan alat penyaman udara
daripada suis kuasa utama. Gunakan butang operasi ON
(HIDUPKAN)/OFF (MATIKAN).
Jangan lekatkan apa-apa pada saluran udara
keluar unit dalaman. Ini adalah bahaya kerana kipas
berpusing pada kelajuan yang tinggi.
Jangan sentuh saluran udara masuk atau kepingan
aluminium yang tajam pada unit luaran. Anda boleh
mendapat kecederaan.
Penggera kebakaran dan saluran udara keluar hendaklah
sekurang-kurangnya 1.5m daripada unit.
Peralatan ini bukan bertujuan digunakan oleh individu
(termasuk kanak-kanak) dengan keupayaan fi zikal, deria
atau mental yang kurang, atau kurang berpengalaman atau
berpengetahuan, melainkan mereka diawasi atau diberi
arahan tentang cara penggunaan peralatan oleh individu
yang bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka.
Kanak-kanak perlu diawasi bagi memastikan mereka tidak
bermain dengan peralatan.
Jangan terlalu sejukkan atau panaskan bilik jika bayi atau
individu uzur berada di dalam bilik.
Jangan duduk atau pijak unit. Anda mungkin terjatuh.
Jangan masukkan apa-apa objek ke dalam
BEKAS KIPAS. Anda mungkin tercedera dan
unit mungkin rosak.
AMARAN
AWAS

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents