Samsung MG23H3115G Series Owner's Instructions & Cooking Manual page 8

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Untuk mengelakkan risiko letupan, jangan panaskan telur yang berkulit atau
telur yang direbus keras. Jangan panaskan bekas kedap udara atau kedap
vakum, kekacang, tomato, dsb.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan kain atau kertas.
Ini ialah punca kebakaran. Ketuhar juga mungkin menjadi terlalu panas dan
dimatikan secara automatik, dan akan kekal dimatikan sehingga ia sejuk
secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan hidangan.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau selepas pemanasan tamat
dan biarkan cecair sekurang-sekurangnya 20 saat selepas pemanasan untuk
mencegah didihan yang membuak-buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka pintunya
untuk mengelakkan melecur disebabkan udara atau wap panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar semasa ia kosong. Ketuhar akan dimatikan secara
automatik selama 30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami menyarankan
meletakkan segelas air di dalam ketuhar sepanjang masa untuk menyerap
gelombang mikro jika ketuhar dihidupkan secara tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan di dalam manual ini. (Lihat
Memasang ketuhar gelombang mikro Anda)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain ke soket
berhampiran ketuhar.
Langkah berjaga-jaga dalam mengoperasi ketuhar
gelombang mikro
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh
mengakibatkan pendedahan kepada tenaga gelombang mikro yang
memudaratkan.
• Jangan kendalikan ketuhar semasa pintu terbuka. Jangan usik
kunci salingan keselamatan (selak pintu). Jangan selit apa-apa
ke dalam lubang kunci salingan keselamatan.
• JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar
dengan muka depan atau membiarkan sisa makanan atau
bahan pembersih terkumpul pada permukaan kedap. Pastikan
pintu dan permukaan pengedap pintu sentiasa bersih dengan
mengelapnya dengan kain lembap dan kemudian dengan kain
kering yang lembut setiap kali selepas digunakan.
MG23H3115NK_SM_DE68-04486A-01_MS+ZH+EN.indb 8
• Jangan kendalikan ketuhar jika ia rosak. Hanya kendalikannya
selepas ia diperbaik oleh juruteknik yang berkelayakan.
Penting: pintu ketuhar mesti ditutup dengan betul. Pintu tidak
boleh melengkung; selak tidak boleh pecah atau longgar;
pengedap pintu dan permukaan pengedap tidak boleh rosak.
• Semua pelarasan atau pembaikan perlu dilakukan oleh
juruteknik yang berkelayakan.
Waranti terhad
Samsung akan mengenakan caj pembaikan bagi menggantikan aksesori atau
memperbaiki kecacatan kosmetik sekiranya kerosakan pada unit atau aksesori
disebabkan oleh pelanggan. Item yang dilindungi oleh syarat ini termasuk:
• Pintu, pemegang, panel luar, atau panel kawalan yang kemik,
tercalar, atau pecah.
• Dulang, roda pandu, pengganding atau rak wayar yang rosak
atau hilang.
Gunakan ketuhar ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang
diterangkan di dalam manual arahan ini. Amaran dan Arahan Keselamatan
di dalam buku panduan ini tidak merangkumi semua keadaan dan situasi
yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab untuk menggunakan akal,
berwaspada dan berhati-hati semasa memasang, menyelenggarakan dan
mengendalikan ketuhar anda.
Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model, ciri
ketuhar gelombang mikro anda mungkin berbeza sedikit daripada yang
diterangkan di dalam manual ini dan bukan semua tanda-tanda amaran boleh
digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau keprihatinan, hubungi
pusat perkhidmatan Samsung di tempat anda atau dapatkan bantuan dan
maklumat dalam talian di www.samsung.com.
Gunakan ketuhar ini untuk memanaskan makanan sahaja. Ianya
bertujuan untuk kegunaandomestik sahaja. Jangan panaskan apa-apa
jenis tekstil atau kusyen yang diisi dengan bijian. Pengilang tidak boleh
dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan
ketuhar yang tidak sesuai atau tidak betul.
Untuk mengelakkan daripada permukaan ketuhar menjadi lusuh dan situasi
berbahaya, sentiasa pastikan ketuhar bersih dan diselenggarakan dengan
baik.
Bahasa Melayu - 8
2019-09-10
2:34:24

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Mg23h3115nk

Table of Contents