Penyenggaraan Am; Pelarasan Karburetor; Memeriksa, Menyenggara Dan Servis Kelengkapan Keselamatan Gergaji Rantai Anda - Husqvarna 435 II Operator's Manual

Hide thumbs Also See for 435 II:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Am
Pengguna hanya boleh menyenggara dan melakukan
kerja servis yang diterangkan dalam Buku Panduan
Pengguna ini. Kerja-kerja lain yang lebih besar mesti
mesti dijalankan oleh bengkel servis yang sah.

Pelarasan karburetor

Produk Husqvarna anda telah direka dan diperbuat
berdasarkan spesifikasi yang mengurangkan gas
berbahaya.
Fungsi
Karburetor mengawal kelajuan enjin melalui pendikit.
Udara dan petrol dicampur dalam karburetor.
Campuran udara/bahan bakar boleh dilaras.
Pelarasan ini mestilah tepat untuk mendapatkan
prestasi terbaik daripada mesin ini.
Skru T melaras kelajuan idel. Jika diskru arah jam
kelajuannya bertambah; lawan arah jam kurang
kelajuan idel.
Penetapan asas dan tempoh penyesuaian
Karburetor telah dilaraskan pada penetapan asas
semasa diuji di kilang. Pelarasan halus mesti dilakukan
oleh juruteknik mahir.
Rec. kelajuan terbiar: Lihat bahagian Data teknikal.
Penetapan muktamad kelajuan idel T
Laraskan kelajuan idel dengan skru T. Jika perlu
dilaraskan semula, mulakan dengan memutarkan skru
pelaras kelajuan idel T arah pusingan jam hingga rantai
mula hendak berpusing. Kemudian pusing arah lawan
pusingan jam hingga rantai berhenti. Pelarasan kelajuan
idel tercapai apabila enjin berjalan lancar dalam mana-
mana posisi. Ianya adalah panduan untuk pusingan enjin
apabila rantai mula berpusing.
AMARAN! Jika penetapan yang
!
dikehendaki tidak tercapai hubungilah
agen servis anda. Jangan gunakan
gergaji rantai sehingga dibaiki atau
dilaras dengan sempurna.
Karburetor yang tepat dilaraskan
Karburetor yang dilaras tepat mesin akan memecut tanpa
sekatan dan membobok sedikit pada kelajuan
maksimum. Adalah penting rantai tidak bergerak semasa
kelajuan idel. Jika jarum L dilaras terlalu kurang ia sukar
dihidupkan dan pecutan kurang baik. Jika jarum H
dilaraskan terlalu kurang mesin kekurangan kuasa,
pecutan lemah dan boleh merosakkan enjin.
1155355-94 Rev.5 2015-03-02
PENYENGGARAAN
Memeriksa, menyenggara dan
servis kelengkapan keselamatan
gergaji rantai anda
PERHATIAN! Semua servis dan kerja membaiki mesin
memerlukan latihan khas. Ini benar terutama bagi
kelengkapan keselamatan mesin. Jika mesin anda
gagal dalam mana-mana pemeriksaan yang
diterangkan di bawah, kami mengesyorkan anda
membawanya ke bengkel servis anda.
Brek rantai dan tuil keselamatan
Memeriksa gelang cengkam brek
Bersihkan segala habuk papan, resin dan kotoran di brek
rantai dan gelendong klac. Kotoran dan kehausan boleh
menjejaskan fungsi brek. (96)
Periksa cengkam brek selalu dan pastikan ia tidak haus
dan terkurang dari 0,6 mm di tempat paling nipis.
Memeriksa tuil keselamatan
Pastikan tuil keselamatan tidak rosak dan bebas daripada
kerosakan yang boleh dilihat seperti retak.
Gerakkan tuil keselamatan ke hadapan dan ke belakang
untuk memastikan yang ia berfungsi dan dipasang kuat
pada penutup klac.
Memeriksa pelepasan brek inertia
Letakkan gergaji rantai dengan enjin dimatikan, di atas
tunggul atau permukaan stabil lain. Lepaskan pemegang
hadapan dan biar gergaji jatuh dengan beratnya sendiri,
berputar keliling pemegang belakang ke arah tunggul.
(97)
Apabila papan terkena tunggul brek akan berfungsi
serta-merta. (98)
Memeriksa tuil brek keselamatan
Letakkan gergaji rantai di atas tanah yang rata dan
hidupkannya. Pastikan rantai tidak mencecah tanah atau
objek yang lain. Lihat arahan di bawah tajuk
Menghidupkan dan mematikan. (99)
Genggam pemegang gergaji dengan kuat dan pegang
dengan menggunakan kelima-lima jari anda.
Gunakan pecutan penuh dan aktifkan brek rantai dengan
menolak pergelangan tangan anda ke hadapan tanpa
melepaskan tangan di pemegang hadapan. Rantai mesti
berhenti serta-merta. (58)
Malaysian
53

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

440 ii440e ii435e ii

Table of Contents