Menghidupkan Dan Mematikan; Menghidupkan Dan Mematikan Enjin - Husqvarna 435 II Operator's Manual

Hide thumbs Also See for 435 II:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Menghidupkan dan Mematikan

enjin
AMARAN! Ingat perkara-perkara berikut
!
sebelum menghidupkan:
Brek rantai mesti diaktifkan bila gergaji
rantai dihidupkan untuk mengurangkan
risiko terkena rantai yang berputar.
Jangan hidupkan gergaji rantai kecuali
papan, rantai dan semua penutup telah
dipasang dengan betul. Klac mungkin
boleh terlepas dan menyebabkan
kecederaan diri.
Letakkan mesin di tempat rata. Pastikan
kedudukan anda stabil dan rantai tidak
tersentuh dengan objek-objek lain.
Jauhkan orang dan haiwan dari kawasan
kerja.
Jangan lilitkan tali penghidup pada
tangan anda.
Menghidupkan
Brek rantai mesti dipasang apabila gergaji rantai
dihidupkan. Aktifkan brek dengan menggerakkan tuil
keselamatan ke hadapan. (55)
Enjin sejuk
Posisi Mula, 1: Atur suis penghidup/berhenti pada posisi
cengkik dengan menarik tuil merah keluar – ke atas. (56)
Singkir udara (2) Tekan diafragma menyingkir udara
berulang kali sehingga bahan bakar memenuhi diafragma
(sekurang-kurangnya 6 kali). Diafragma itu tidak
semestinya betul-betul penuh. (56)
Cengkam pemegang hadapan dengan tangan kiri anda.
Tahan gergaji rantai atas permukaan tanah dengan
menempatkan kaki kanan anda melalui pemegang
belakang. (57)
Tarik pemegang pemula, 3: Tarik pemegang pemula
dengan tangan kanan anda dan tarik keluar tali kord
pemula dengan perlahan hingga anda berasa rintangan
(sementara tuas pemula bergerak) kemudian tarik
dengan kukuh dan pantas hingga enjin hidup.
Tekan ke bawah kawalan pencekik merah, 4: Sebaik
sahaja enjin hidup yang boleh didengar melalui bunyi
"puff;", tekan ke bawah kawalan pencekik merah.
Tarik pemegang pemula (5): Teruskan menarik tali kord
dengan kuat hingga enjin hidup.
Enjin panas
Posisi Mula, 1: Pencekik yang betul/tetapan pendikit
mula untuk permulaan hangat diperolehi pada mulanya
dengan menggerakkan kawalan pencekik dengan cara
menarik kawalan merah ke arah luar \ ke atas. (56)
Singkir udara (2) Tekan diafragma menyingkir udara
berulang kali sehingga bahan bakar memenuhi diafragma
46 – Malaysian
MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN
(sekurang-kurangnya 6 kali). Diafragma itu tidak
semestinya betul-betul penuh. (56)
Tekan ke bawah kawalan pencekik merah, 3: Ini
menyahaktifkan pencekik yang tidak diperlukan apabila
menghidupkan gergaji rantai hangat. Walau
bagaimanapun, pergerakan suis mula/henti akan
melibatkan melahu yang tinggi dan menjadikan
permulaan hangat lebih senang.
Tarik pemegang pemula, 4: Cengkam pemegang
hadapan dengan tangan kiri anda. Tahan gergaji rantai
atas permukaan tanah dengan menempatkan kaki kanan
anda melalui pemegang belakang. (57)
Tarik pemegang pemula dengan tangan kanan anda dan
tarik keluar tali kord pemula dengan perlahan hingga
anda berasa rintangan (sementara tuas pemula
bergerak) kemudian tarik dengan kukuh dan pantas
hingga enjin hidup.
Supaya brake rantai masih terpasang, kelajuan enjin
mesti diatur idel dengan segera, hal ini boleh dicapai
dengan melepaskan pengunci pendikit. Pelepasan
diterima dengan sentuhan lemah lembut pada pengunci
pendikit. Hal ini boleh mengelakkan kerosakan yang tidak
diingini untuk klac, gelang klac dan gelang brek. Biarkan
mesin melalu selama beberapa saat sebelum mendikit
sepenuhnya.
Terdapat peringatan mula yang ringkas dengan gambar
untuk menerangkan setiap langkah di hujung belakang
gergaji (A). (57)
AWAS! Jangan tarik tali penghidup sampai habis dan
jangan lepaskan pemegang penghidup semasa ia masih
terkeluar penjang. Ia akan merosakkan mesin.
PERHATIAN! Aktifkan semula brek rantai dengan
menolak tuil keselamatan ke arah pemegang
hadapan. Gergaji rantai kini sedia untuk digunakan.
AMARAN! Penyedutan asap ekzos enjin,
!
wap minyak rantai dan habuk kayu untuk
tempoh yang panjang boleh
mendatangkan risiko kesihatan.
Jangan hidupkan gergaji rantai kecuali papan, rantai
dan semua penutup telah dipasang dengan betul.
Lihat arahan di bawah tajuk Pemasangan. Tanpa bilah
dan rantai dipasang pada gergaji rantai, klac boleh
tercabut dan menyebabkan kecederaan serius.
Brek rantai mesti diaktifkan bila gergaji rantai
dihidupkan. Lihat arahan di bawah tajuk
Menghidupkan dan mematikan enjin. Jangan sekali-
kali menghidupkan gergaji rantai dengan cara jatuh.
Cara ini amat berbahaya kerana anda dengan mudah
boleh hilang kawalan ke atas gergaji rantai. (55)
Jangan hidupkan enjin dalam ruangan tertutup. Gas
ekzos boleh merbahayakan jika terhidu.
Perhatikan sekeliling anda dan pastikan tiada risiko
bagi orang atau haiwan yang mungkin tersentuh
kelengkapan memotong.
Sentiasa memegang gergaji rantai dengan kedua-dua
tangan. Letak tangan kanan di pemegang belakang
1155355-94 Rev.5 2015-03-02

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

440 ii440e ii435e ii

Table of Contents