Philips PT927 User Manual page 68

Hide thumbs Also See for PT927:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahasa MElayu
68
alam sekitar
-
Jangan buang pencukur dan Sistem Pembersih Jet (PT927CC/PT923CC
sahaja) dengan sampah rumah yang biasa pada akhir hayatnya,
sebaliknya serahkan ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula.
Dengan berbuat demikian, anda membantu memelihara alam sekitar.
-
Bateri pencukur boleh cas semula terbina dalam mengandungi bahan
yang boleh mencemarkan alam sekitar. Pastikan anda mengeluarkan
bateri sebelum membuang atau menyerahkan pencukur di pusat
pungutan rasmi. Buang bateri ini di pusat pungutan rasmi bagi bateri. Jika
anda menghadapi masalah untuk mengeluarkan bateri, anda juga boleh
membawa perkakas ini ke pusat servis Philips. Kakitangan pusat ini akan
mengeluarkan bateri ini untuk anda dan akan membuangnya dengan
cara yang selamat bagi alam sekitar.
Mengeluarkan bateri boleh cas semula
Hanya keluarkan bateri cas semula apabila anda membuang pencukur.
Pastikan bateri cas semula tersebut benar-benar kosong semasa anda
mengeluarkannya.
1
Matikan pencukur daripada sesalur kuasa, tanggalkannya daripada
Sistem Pembersih Jet (jenis tertentu sahaja) atau tanggalkan ia
daripada dirian pengecas (jenis tertentu sahaja).
2
Biarkan pencukur berjalan sehingga ia berhenti.
3
Buka skru di bahagian belakang pencukur dan di dalam ruang rambut.
4
Alihkan panel depan dan belakang.
5
Bengkokkan 6 cangkuk ke tepi dan keluarkan unit kuasa.
Berhati-hati, cangkuk tersebut adalah tajam.
6
Tanggalkan bateri.
Berhati-hati, jalur bateri sangat tajam.
Jangan kembalikan pencukur ke dalam Sistem Pembersih Jet (jenis
tertentu sahaja) atau dirian pengecasan (jenis tertentu sahaja) yang diplag
masuk selepas anda menanggalkan bateri boleh cas semula.
Jangan sambungkan semula pencukur ke sesalur kuasa setelah anda
mengeluarkan bateri boleh cas semula.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Pt927ccPt923Pt923ccPt920Pt877Pt876 ... Show all

Table of Contents