Philips PT927 User Manual page 55

Hide thumbs Also See for PT927:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak
bermain dengan pencukur dan Sistem Pembersih Jet.
-
Setiap kali anda hendak membersihkan pencukur di bawah paip,
pastikan plagnya telah ditanggalkan.
awas
-
Jangan sekali-kali merendam pencukur di dalam air.
-
Jangan sekali-kali merendam Sistem Pembersih Jet ini atau dirian
pengecasan di dalam air ataupun membilasnya di bawah paip.
-
Jangan gunakan pencukur di dalam tab mandi atau di bawah pancuran.
-
Jangan sekali-kali gunakan air yang lebih panas daripada 80°C untuk
membilas pencukur tersebut.
-
Berhati-hati apabila menggunakan air panas. Anda hendaklah setiap kali
memeriksa bahawa air tidak terlalu panas, untuk mengelakkan tangan
anda daripada melecur.
-
Pencukur, Sistem Pembersih Jet, dirian pengecasan dan aksesori lain
tidak kalis mesin basuh pinggang mangkuk.
-
Air mungkin bocor keluar daripada soket di bahagian bawah pencukur
ketika anda membilasnya. Ini adalah normal dan tidak merbahaya kerana
semua bahagian elektronik dilindungi di dalam unit kuasa yang kedap di
dalam pencukur.
-
Jangan gunakan pencukur, Sistem Pembersih Jet, penyesuai, dirian
pengecasan atau mana-mana bahagian jika ia rosak, kerana ini akan
menyebabkan kecederaan. Anda hendaklah mengganti penyesuai, dirian
pengecasan atau bahagian yang rosak dengan jenis yang asli setiap kali.
-
Gunakan, cas dan simpan pencukur dan Sistem Pembersih Jet pada
suhu antara 10°C dan 35°C.
-
Anda hendaklah setiap kali meletakkan dan menggunakan pencukur dan
Sistem Pembersih Jet di atas permukaan yang tahan cecair.
-
Hanya gunakan penyesuai, dirian pengecasan dan aksesori yang
dibekalkan.
-
Pasang tukup pelindung pada pencukur untuk menghalang kerosakan
dan mengelakkan dari kotoran terkumpul di dalam kepala pencukur.
-
Hanya gunakan Sistem Pembersih Jet dengan larutan Pembersih Jet
(HQ200) yang asli.
-
Anda hendaklah setiap kali meletakkan Sistem Pembersih Jet di atas
permukaan yang stabil, rata dan datar untuk mengelakkan kebocoran.
-
Apabila Sistem Pembersih Jet telah sedia untuk digunakan, jangan
alihkannya untuk mengelakkan kebocoran.
-
Sistem Pembersih Jet membersih dengan menyeluruh tetapi tidak akan
menyahkuman pencukur anda, oleh itu jangan kongsi pencukur anda
dengan orang lain.
-
Kosongkan ruang pembersihan Sistem Pembersih Jet dan bersihkan
ruang pembersihan dengan menyeluruh dengan membilasnya dengan
air paip yang panas setiap 15 hari.
-
Jika pencukur dan Sistem Pembersih Jet terdedah kepada perubahan
besar dalam suhu, tekanan atau kelembapan, biarkan ia menyesuai iklim
selama 30 minit sebelum anda menggunakannya.
Bahasa MElayu
55

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Pt927ccPt923Pt923ccPt920Pt877Pt876 ... Show all

Table of Contents