Philips PT927 User Manual page 64

Hide thumbs Also See for PT927:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahasa MElayu
64
Nota: Jika anda menanggalkan penyesuai daripada soket dinding
semasa program pembersihan, program akan terhenti paksa. Pemegang
pencukur akan tetap kekal pada kedudukan semasanya. Jika anda kembalikan
penyesuai ke dalam soket dinding, pemegang pencukur akan bergerak ke
kedudukan tertingginya.
Nota: Apabila paras cecair turun lebih rendah daripada paras minimum,
simbol pembersihan dan simbol 'bendalir rendah' akan mula berkelip
dengan berselang masa dan pemegang pencukur kembali ke kedudukan
permulaannya.
Membersihkan sistem Pembersih Jet
Kosongkan ruang pembersihan dan bersihkannya dengan rapi dengan
membilasnya dengan air paip yang panas setiap 15 hari jika anda
menggunakan Sistem Pembersih Jet setiap hari. Jika tidak, kosongkan dan
bersihkan ruang pembersihan sekurang-kurangnya sekali sebulan.
1
Bersihkan bahagian luar Sistem Pembersih Jet dengan kain yang
lembap.
Jangan sesekali merendam Sistem Pembersih Jet di dalam air dan jangan
membilasnya di bawah paip.
2
Tekan secara serentak butang pelepas pada kedua-dua belah Sistem
Pembersih Jet (A). Kemudian angkat Sistem Pembersih Jet keluar dari
ruang pembersihan (B).
Ruang pembersihan kekal di situ.
,
3
Tuang sebarang baki cecair pembersihan keluar daripada ruang
pembersihan.
Anda boleh menuang cecair ke dalam sink, ia tidak merbahaya kepada alam
sekitar.
4
Bilas ruang pembersihan dengan air paip yang panas.
Berhati-hati apabila menggunakan air panas. Anda hendaklah setiap kali
memeriksa bahawa air tidak terlalu panas, untuk mengelakkan tangan
anda daripada melecur.
Ruang pembersihan tidak kalis mesin basuh pinggan.
5
Isi ruang pembersihan dengan larutan Pembersih Jet (HQ200)
sehingga ke petunjuk MAX.
Nota: Pastikan ruang pembersihan sentiasa diisi melebihi penunjuk MIN.
6
Tempatkan Sistem Pembersih Jet kembali pada ruang pembersihan
('klik').
Pastikan butang pelepas berdetap kembali pada tempatnya.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Pt927ccPt923Pt923ccPt920Pt877Pt876 ... Show all

Table of Contents