Sony Cyber-Shot DSC-WX30 Instruction Manual page 77

Digital still camera
Hide thumbs Also See for Cyber-Shot DSC-WX30:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
1
Sambungkan kamera kepada Penyesuai AU (yang
dibekalkan), menggunakan kabel USB terminal
berbilang guna (yang dibekalkan).
2
Sambungkan Penyesuai AU ke salur keluar dinding.
Lampu Kuasa/Cas menyala dengan warna jingga, dan pengecasan
bermula.
• Matikan kamera semasa mengecas bateri.
• Anda boleh mengecas pek bateri meskipun ia telah separa tercas.
• Jika lampu Kuasa/Cas berkelip dan pengecasan tidak selesai, keluarkan
dan masukkan semula pek bateri.
Perhatian
• Jika lampu Kuasa/Cas pada kamera tidak menyala walaupun Penyesuai AU
tersambung ke kamera dan salur keluar dinding, ini menunjukkan bahawa
pengecasan telah dihentikan sementara kerana tunggu sedia. Pengecasan terhenti
dan memasuki mod tunggu sedia secara automatik apabila suhu berada di luar julat
suhu pengendalian yang disyorkan. Apabila suhu kembali ke dalam julat yang
sesuai, pengecasan menyambung semula. Kami mengesyorkan agar pengecasan
pek bateri dilakukan dalam suhu ambien antara 10°C hingga 30°C.
• Sambungkan Penyesuai AU (yang dibekalkan) ke salur keluar dinding terdekat.
Jika pincang tugas berlaku ketika menggunakan Penyesuai AU, cabut palam dari
salur keluar dinding dengan segera untuk memutuskannya dari punca kuasa.
• Apabila pengecasan telah selesai, tanggalkan Penyesuai AU dari salur keluar
dinding.
• Pastikan anda hanya menggunakan pek bateri, kabel USB terminal berbilang guna
(yang dibekalkan) dan Penyesuai AU (yang dibekalkan) jenama Sony yang tulen.
x
Masa pengecasan
Masa pengecasan adalah lebih kurang 210 min. menggunakan Penyesuai AU
(yang dibekalkan).
Perhatian
• Masa pengecasan di atas digunakan apabila mengecas pek bateri yang kehabisan
kuasa sepenuhnya pada suhu 25°C. Pengecasan mungkin mengambil masa lebih
lama bergantung pada syarat-syarat penggunaan dan keadaan.
MY
MY
7

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents