LG F3000 - Cell Phone 31 MB User Manual page 98

User manual
Hide thumbs Also See for F3000 - Cell Phone 31 MB:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 1
• Jangan ketuk skrin dengan benda tajam; ia boleh merosakkan
telefon.
• Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau lembapan.
• Gunakan aksesori seperti telefon telinga dengan berhati-hati.
• Jika anda meletakkan telefon anda di dalam kocek atau beg
tanpa menutup wadah telefon (pin palam kuasa), barang-
barang berlogam (seperti duit syiling, klip kertas atau pen)
boleh melitar pintas telefon. Sentiasa tutup wadah telefon
apabila tidak digunakan.
• Jangan sekali-kali letakkan telefon anda di dalam ketuhar
gelombang mikro kerana ini akan menyebabkan bateri
meletup.
• Hanya kakitangan yang berdaftar seharusnya menservis
telefon dan aksesori-aksesorinya. Pemasangan atau servis
yang tidak betul boleh menyebabkan kemalangan dan
akibatnya mentaksahkan waranti.
• Jangan gunakan telefon jika antenanya rosak. Jika antena
yang rosak tersentuh kulit, ia boleh mengakibatkan sedikit
kelecuran. Sila hubungi Pusat Servis Berdaftar LG untuk
menggantikan antena yang rosak.
• Label telefon mengandungi maklumat penting bagi tujuan
sokongan pelanggan. Jangan tanggalkan ia.
• Pegang telefon sepertimana anda memegang telefon lain
untuk bercakap. Semasa bercakap langsung ke dalam
mikrofon, halakan antena ke arah atas dan melepasi bahu
anda. Memastikan antenna di panjangkan apabila membuat
panggilan.
• Jangan memegang antenna sambil membuat panggilan
telefon. Ini akan menjejas mutu panggilan dan menyebabkan
telefon beroperasi pada aras kuasa lebih tinggi daripada yang
diperlukan dan masa pengguanaan kuasa bateri di
kurangkan.
• Jika telefon bimbit anda menyokong inframerah, jangan
sekalikali menghalakan alur inframerah ke arah mata
seseorang.
• Jangan gunakan telefon bimbit anda berdekatan dengan
kelengkapan perubatan tanpa meminta izin. Elakkan daripada
meletakkan telefon di atas perentak jantung, iaitu di dalam
saku dada anda.
• Sesetengah alat bantuan pendengaran boleh mendapat
gangguan daripada telefon bimbit.
5

Advertisement

Chapters

Table of Contents
loading

Table of Contents