LG F3000 - Cell Phone 31 MB User Manual page 97

User manual
Hide thumbs Also See for F3000 - Cell Phone 31 MB:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Telefon bimbit model F3000 ini telah direka bentuk supaya
mematuhi keperluan keselamatan yang berkenaan bagi
pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah
berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin
keselamatan yang bertujuan memastikan keselamatan bagi
semua orang, tidak kira umur atau tahap kesihatan.
• Garis panduan mengenai pendedahan kepada gelombang
radio ini menggunakan unit pengukuran yang disebut Kadar
Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate), atau SAR.
Ujian-ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang
dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras kuasa
diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
• Walaupun mungkin terdapat perbezaan antara aras-aras
SAR bagi pelbagai model telefon LG, kesemuanya direka
bentuk supaya memenuhi garis panduan relevan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai
Perlindungan Sinaran Bukan-Ion (Commission on Non-
Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) antarabangsa, iaitu
2W/kg dipuratakan ke atas sepuluh (10) gram tisu.
• Nilai SAR yang tertinggi bagi telefon model ini yang diuji oleh
DASY4 bagi penggunaan pada telinga ialah 0.988 W/kg (10g).
• Maklumat SAR bagi penduduk di negara/kawasan yang telah
mengambil had SAR yang disyorkan oleh Institut Jurutera
Elektrik dan Elektronik (Institute of Electrical and Electronics
Engineers) (IEEE), iaitu 1.6 W/kg dipuratakan ke atas satu (1)
gram tisu.
4
Amaran
: Gunakan hanya bateri, pengecas dan aksesori yang
diluluskan untuk digunakan khususnya dengan telefon model
ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan
sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan
telefon ini, dan mungkin merbahaya.
• Jangan buka bahagian-bahagian unit ini. (Bawa ia ke
juruteknik khidmat yang berkelayakan apabila kerja
pembaikan perlu dilakukan.)
• Jauhkan dari alat elektrik seperti TV, radio atau komputer
peribadi.
• Unit ini harus diletakkan jauh dari sumber haba seperti
penyinar atau alat memasak.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terkena getaran atau kejutan
mekanikal.
• Salut telefon boleh rosak jika dibalut dengan pembalut atau
pembalut vinil.
• Jangan gunakan bahan kimia yang keras (seperti alkohol,
benzena, pencair, dll.) atau bahan pencuci untuk
membersihkan telefon anda. Terdapat risiko ini boleh
menyebabkan kebakaran.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada asap atau debu yang
berlebihan.
• Jangan simpan telefon bersebelahan dengan kad kredit atau
tiket pengangkutan; ia boleh menjejas maklumat di dalam
jalur bermagnetnya.

Advertisement

Chapters

Table of Contents
loading

Table of Contents