Sepintas Lalu; Pengendalian - Bosch MSM66 GB Series Instruction Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Sepintas lalu
Dalam arahan-arahan penggunaan ini, 
model-model yang berbeza diterangkan.

Sepintas lalu

Sila lipat keluar halaman ilustrasi.
X Rajah A
1 Unit asas
2 Kord kuasa
3 Kawalan kelajuan 
Kelajuan boleh diselaraskan 
dari kelajuan yang terendah (●) 
dan tertinggi (12) (berhubungan 
dengan 4a sahaja).
4 Butang "ON"
Pengadun Tangan terpasang selagi 
butang "ON" (a atau b) ditekan. 
Kelajuan turbo digunakan apabila 
digunakan dengan pemotong 
universal (jika termasuk dalam skop 
penghantaran).
a Kawalan boleh selaras 
(dengan kawalan kelajuan 3)
b Kelajuan Turbo
5 Butang-butang Pelepas 
Untuk menanggalkan tapak pengadun, 
tekan butang-butang pelepas secara 
serentak.
6 Tapak pengadun 
Plastik atau logam (bergantung kepada 
model) pasang dan muatkan tapak 
pengadun sehingga berdetap.
7 Bilah tapak pengadun
8 Jag pengadun dengan tudung 
Menggunakan jag pengadun 
menghalang adunan dari terpercik. 
Pasang tudung di atas jag pengadun 
untuk menyimpan bahan makanan 
yang  telah disediakan.
Bergantung kepada model:
9 Pemukul telur dengan gear
10 Alat pelecek dengan gear
11 Aksesori Multi fungsi dengan alatan
dan penghiris dadu
12 Pemotong universal dengan tudung
10
Jika pemotong kecil universal tidak 
disertakan dalam pakej produk, ia boleh 
dipesan melalui perkhidmatan pelanggan 
(no. tempahan: 657247). Dengan pemotong 
universal, guna perkakas dengan kuasa 
penuh untuk menyediakan lepa madu 
(mengikut resipi). Anda boleh mendapatkan 
resipi tersebut di dalam arahan-arahan 
pengendalian pemotong universal. Pasang 
tudung di atas pemotong kecil universal 
untuk menyimpan bahan makanan yang 
telah disediakan.

Pengendalian

Perkakas ini sesuai untuk mengadun 
mayonis, sos, minuman campuran, 
makanan bayi, buah-buahan dan 
sayur-sayuran yang masak. Untuk 
memurikan sup.
Gunakan pemotong universal untuk 
memotong/mencincang makanan mentah 
(bawang, bawang putih, herba)!
Perhatian!
Bahagian bawah bekas yang anda gunakan 
tidak boleh ada benjolan atau lubang.
Petua: Menggunakan jag pengadun 
yang dibekalkan adalah disyorkan. Walau 
bagaimanapun, bekas lain yang sesuai juga 
boleh boleh digunakan.
  ■ Sebelum penggunaan pertama basuh 
semua bahagian dengan teliti dan 
keringkan.
X Rajah B
  ■ Buka gulungan kord kuasa sepenuhnya.
  ■ Letakkan tapak pengadun pada unit 
asas dan kunci kedudukannya.
  ■ Pasangkan plag.
  ■ Letakkan makanan di dalam jag 
pengadun atau atau bekas lain yang 
tinggi.
Petua: Pengadun tangan berfungsi dengan 
lebih baik jika terdapat cecair dalam 
adunan.

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Msm67 gb series

Table of Contents