Sony Cyber-shot DSC-TX9 Instruction Manual page 95

Hide thumbs Also See for Cyber-shot DSC-TX9:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
• Sebelum memulakan rakaman, buat percubaan rakaman untuk memastikan
kamera berfungsi dengan betul.
• Kamera ini tidak kalis-habuk, atau kalis-percikan, mahupun kalis-air. Baca
"Langkah berjaga-jaga" (muka surat 27) sebelum mengoperasi kamera.
• Elakkan pendedahan kamera kepada air. Jika air memasuki kamera, pincang
tugas mungkin terjadi. Dalam sesetengah kes, kamera tidak boleh dibaiki.
• Jangan menghalakan kamera ke matahari atau cahaya terang yang lain. Ia
mungkin menyebabkan pincang tugas pada kamera anda.
• Jangan gunakan kamera berhampiran dengan lokasi yang menjana
gelombang radio yang kuat atau memancarkan radiasi. Jika tidak, kamera
mungkin tidak boleh merakam atau memainkan balik imej dengan betul.
• Penggunaan kamera di lokasi-lokasi berpasir atau berhabuk mungkin
menyebabkan pincang tugas.
• Jika pemeluwapan lembapan berlaku, lapkannya sebelum menggunakan
kamera.
• Jangan menggoncang atau mengetuk kamera. Ia mungkin menyebabkan
pincang tugas dan anda mungkin tidak dapat merakam imej. Selain itu,
media rakaman mungkin tidak dapat digunakan atau data imej mungkin
rosak.
• Bersihkan permukaan denyar sebelum digunakan. Haba pancaran denyar
mungkin menyebabkan habuk pada permukaan denyar berubah warna atau
melekat pada permukaan denyar, mengakibatkan pancaran cahaya tidak
mencukupi.
Nota-nota mengenai skrin LCD
• Skrin LCD dibuat dengan menggunakan teknologi kepersisan sangat tinggi.
Oleh itu, lebih daripada 99.99% piksel boleh berfungsi untuk penggunaan
berkesan. Walau bagaimanapun, beberapa titik hitam kecil dan/atau titik
terang (berwarna putih, merah, biru atau hijau) mungkin dipapar pada skrin
LCD. Titik-titik ini adalah normal dalam proses pembuatan dan tidak
menjejas rakaman.
• Jika titisan air atau cecair lain terpercik pada skrin LCD dan membuatnya
basah, lap skrin dengan segera dengan menggunakan kain lembut. Kualiti
boleh terjejas dan pincang tugas mungkin berlaku jika cecair ditinggalkan
pada permukaan skrin LCD.
• Jangan tekan skrin LCD. Skrin mungkin menjadi nyahwarna dan ini
mungkin menyebabkan pincang tugas.
Sila gunakan aksesori tulen Sony
Jika anda menggunakan aksesori yang dibuat oleh syarikat selain Sony, ini
boleh mengakibatkan masalah kepada kamera.
• Menggunakan bekas kamera pengeluar lain yang bermagnet boleh
menyebabkan masalah bekalan kuasa.
MY
MY
7

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents