Sony Cyber-shot DSC-TX9 Instruction Manual page 94

Hide thumbs Also See for Cyber-shot DSC-TX9:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Fungsi-fungsi yang terbina ke dalam kamera ini
• Manual ini memerihalkan fungsi peranti serasi/tak serasi TransferJet, peranti
serasi 1080 60i dan peranti serasi 1080 50i.
Untuk menyemak sama ada kamera anda menyokong fungsi TransferJet, dan
sama ada ia adalah peranti serasi 1080 60i atau peranti serasi 1080 50i,
semak tanda-tanda yang berikut di bahagian bawah kamera.
Peranti serasi TransferJet:
Peranti serasi 1080 60i: 60i
Peranti serasi 1080 50i: 50i
• Jangan menonton imej 3D yang dirakam dengan kamera ini untuk tempoh
masa yang lama pada monitor serasi 3D.
• Apabila anda melihat imej 3D yang dirakam dengan kamera ini pada monitor
serasi 3D, anda boleh mengalami ketidakselesaan dalam bentuk ketegangan
mata, keletihan, atau rasa loya. Untuk mengelakkan simptom-simptom ini,
kami menyarankan agar anda mengambil waktu rehat dari semasa ke semasa.
Walau bagaimanapun, anda perlu menentukan untuk diri sendiri kekerapan
dan lamanya waktu rehat yang anda perlukan, kerana ini berbeza-beza
mengikut individu. Jika anda mengalami apa-apa jenis ketidakselesaan,
berhenti menonton imej 3D sehingga anda berasa lebih baik, dan dapatkan
nasihat doktor jika perlu. Rujuk juga arahan operasi yang dibekalkan dengan
peranti atau perisian yang anda sambungkan atau sedang gunakan bersama-
sama kamera ini. Ambil perhatian bahawa penglihatan kanak-kanak masih
berada di peringkat perkembangan (terutamanya kanak-kanak di bawah
umur 6 tahun). Rujuk pakar pediatrik atau pakar oftalmologi sebelum
membiarkan anak anda melihat imej 3D, dan pastikan dia mematuhi langkah
berjaga-jaga di atas apabila melihat imej sedemikian.
Pada fail pangkalan data
Apabila anda memasukkan kad ingatan tanpa fail pangkalan data ke dalam
kamera dan menghidupkan kuasa, sebahagian daripada kapasiti kad ingatan
akan digunakan untuk mencipta fail pangkalan data secara automatik. Anda
mungkin perlu menunggu seketika sebelum anda boleh melaksanakan operasi
seterusnya.
Nota-nota mengenai rakaman/main balik
• Untuk memastikan operasi kad ingatan yang stabil, kami mencadangkan
anda menggunakan kamera ini untuk memformat mana-mana kad ingatan
yang digunakan dengan kamera ini pada kali pertama. Ambil perhatian
bahawa pemformatan akan memadam semua data yang dirakam pada kad
ingatan. Data ini tidak boleh dikembalikan. Pastikan anda membuat sandaran
apa-apa data penting ke PC atau lokasi storan yang lain.
• Jika anda merakam/memadam imej berulang kali, fragmentasi data mungkin
berlaku pada kad ingatan. Wayang mungkin tidak dapat disimpan atau
dirakam. Dalam keadaan sedemikian, simpan imej anda ke PC atau lokasi
MY
storan yang lain, kemudian [Format].
6
(TransferJet)

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents