LG -D620k User Manual page 92

Table of Contents

Advertisement

Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya dengan kelengkapan wayarles yang
dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak berfungsi atau menyebabkan kecederaan serius disebabkan
prestasi yang tidak betul.
Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan bahawa volum berada pada paras
yang berpatutan agar anda sedar akan keadaan di sekeliling anda. Ini khususnya amat penting jika anda
berdekatan jalan raya.
Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar pada tahap volum yang tinggi
untuk tempoh yang panjang.
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah kepada bunyi yang kuat untuk tempoh
yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar anda tidak menghidupkan atau mematikan telefon mudah alih
berhampiran dengan telinga anda. Kami juga mengesyorkan bahawa volum muzik dan panggilan ditetapkan
pada paras yang berpatutan.
Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volum jika anda tidak dapat mendengar orang yang bercakap
berdekatan dengan anda atau jika orang yang duduk di sebelah anda dapat mendengar apa yang sedang
anda dengar.
NOTA: Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran.
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih anda dibuat daripada kaca. Kaca ini akan retak atau pecah jika telefon
anda terjatuh ke atas permukaan yang keras atau menerima impak yang kuat. Jika kacanya pecah, jangan
sentuh atau cuba untuk menanggalkannya. Berhenti menggunakan peranti mudah alih anda sehingga kaca
diganti oleh pembekal khidmat yang diluluskan.
8

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

G2 mini

Table of Contents