Download Print this page

Makita GA4593 Instruction Manual page 52

Hide thumbs Also See for GA4593:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Tolak keluar adalah akibat daripada penyalahgunaan
alat kuasa dan/atau prosedur atau keadaan operasi
yang tidak betul dan boleh dielakkan dengan
mengambil langkah berjaga-jaga yang betul seperti
yang diberikan di bawah.
Kekalkan genggaman yang kuat dengan
1.
kedua-dua tangan pada alat kuasa dan
pastikan kedudukan badan dan lengan
anda membolehkan anda menahan daya
tolak keluar. Sentiasa gunakan pemegang
tambahan, jika disediakan, untuk kawalan
maksimum terhadap tolak keluar atau tindak
balas tork semasa memulakan. Pengendali
boleh mengawal tindak balas tork atau daya
tolak keluar, jika langkah berjaga-jaga yang wajar
diambil.
Jangan sekali-kali meletakkan tangan anda
2.
dekat dengan aksesori yang berputar. Aksesori
mungkin ditolak keluar ke atas tangan anda.
Jangan letakkan badan anda di kawasan yang
3.
alat kuasa akan bergerak jika tolak keluar
berlaku. Tolak keluar akan mendorong alat ke
arah bertentangan dengan pergerakan roda ketika
aksesori tersangkut.
4.
Gunakan dengan lebih berhati-hati apabila
bekerja di sudut, pinggir yang tajam dan
sebagainya. Elakkan aksesori daripada
melantun dan tersangkut. Sudut, pinggir yang
tajam atau melantun mempunyai kecenderungan
untuk menyebabkan aksesori berputar tersangkut
dan menyebabkan hilang kawalan atau tolak
keluar.
Jangan pasangkan rantai gergaji, bilah
5.
pengukir kayu, roda intan bersegmen dengan
celah pinggir lebih besar daripada 10 mm atau
bilah gergaji bergigi. Bilah seperti ini akan kerap
menghasilkan tolak keluar dan hilang kawalan.
Amaran keselamatan khusus untuk operasi
pengisaran dan pemotongan:
1.
Hanya gunakan jenis roda yang dikhususkan
untuk alat kuasa anda dan pengadang yang
direka khusus untuk roda yang dipilih. Roda
yang tidak direka untuk alat kuasa tidak dapat
dikawal secukupnya dan tidak selamat.
Permukaan pengisaran roda tengah lekuk
2.
mesti dilekapkan di bawah satah bibir
pengadang. Roda yang tidak dilekapkan
dengan betul yang mengunjur melalui satah bibir
pengadang tidak dapat dilindungi secukupnya.
3.
Pengadang mesti dipasang dengan kukuh
pada alat kuasa dan diletakkan untuk
keselamatan maksimum, supaya sedikit sahaja
roda terdedah ke arah pengendali. Pengadang
membantu untuk melindungi pengendali daripada
serpihan roda yang pecah, tersentuh secara tidak
sengaja dengan roda dan percikan yang boleh
membakar pakaian.
Roda mesti digunakan hanya untuk
4.
penggunaan yang dikhususkan. Contohnya:
jangan kisar dengan sisi roda pemotongan.
Roda pemotongan pelelas bertujuan untuk
pengisaran persisian dan daya sisi yang
dikenakan kepada roda ini mungkin menyebabkan
roda pecah.
5.
Sentiasa menggunakan bebibir roda yang
tidak rosak yang mempunyai saiz dan bentuk
yang betul untuk roda yang anda pilih.
Bebibir roda yang betul menyokong roda dan
dapat mengurangkan kemungkinan roda rosak.
Bebibir untuk roda pemotongan mungkin berbeza
daripada bebibir roda pengisaran.
Jangan pakai roda dipakai daripada alat kuasa
6.
yang lebih besar. Roda yang bertujuan untuk
kegunaan alat kuasa yang lebih besar tidak sesuai
untuk kelajuan lebih tinggi alat yang lebih kecil
dan mungkin meletup.
7.
Apabila menggunakan roda dwiguna,
sentiasa gunakan pengadang yang betul
untuk penggunaan yang dilakukan. Kegagalan
menggunakan pengadang yang betul mungkin
tidak memberikan tahap pengadangan diingini
yang boleh mengakibatkan kecederaan serius.
Amaran keselamatan tambahan untuk operasi
pemotongan:
Jangan biarkan roda pemotongan "tersekat"
1.
atau mengenakan tekanan yang berlebihan.
Jangan cuba membuat kedalaman potongan
yang berlebihan. Mengenakan tekanan yang
berlebihan kepada roda akan meningkatkan
beban dan kecenderungan untuk berputar
atau tersangkut roda dalam potongan dan
kemungkinan tolak keluar atau roda rosak.
Jangan letakkan badan anda selari dengan
2.
dan di belakang roda berputar. Apabila rosak,
ketika beroperasi, bergerak jauh dari badan anda,
kemungkinan tolak keluar boleh mendorong roda
berputar dan alat kuasa ke arah anda.
3.
Apabila roda tersangkut atau apabila
gangguan pemotongan berlaku atas apa
jua sebab, matikan alat kuasa dan pegang
alat kuasa tanpa bergerak sehingga roda
berhenti sepenuhnya. Jangan sekali-kali cuba
menanggalkan roda pemotongan daripada
potongan ketika roda sedang bergerak, jika
tidak tolak keluar mungkin berlaku. Siasat dan
ambil tindakan pembetulan untuk menyingkirkan
sebab roda tersangkut.
4.
Jangan mulakan semula operasi pemotongan
dalam bahan kerja. Biarkan roda mencapai
kelajuan penuh dan masukkan semula roda
ke dalam potongan dengan berhati-hati. Roda
boleh mengikat, berjalan atau tolak keluar jika alat
kuasa dimulakan semula di dalam bahan kerja.
5.
Menyokong panel atau sebarang bahan kerja
yang terlalu besar untuk meminumkan risiko
roda tersepit dan tolak keluar. Bahan kerja yang
besar mudah melendut di bawah berat bahan
kerja itu sendiri. Penyokong mesti diletakkan di
bawah bahan kerja berhampiran garisan potongan
dan berhampiran pinggir bahan kerja pada kedua-
dua belah roda.
6.
Menggunakan langkah yang lebih berhati-hati
apabila membuat "potongan poket" ke dalam
dinding sedia ada atau kawasan terlindung
yang lain. Roda yang menonjol mungkin
memotong paip gas atau air, pendawaian elektrik
atau objek yang boleh menyebabkan tolak keluar.
52 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Ga4594Ga4595Ga5093Ga5094Ga5095