IKEA VAPPEBY Manual page 43

Hide thumbs Also See for VAPPEBY:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Permulaan
Gunakan port USB-C (1) untuk mengecas produk anda
sebelum digunakan buat pertama kali dan pada bila-bila
masa LED merah berkelipan bagi menunjukkan kuasa
bateri rendah. Semasa mengecas, lampu LED adalah
merah penuh apabila pembesar suara dimatikan.
Bekalan kuasa yang disyorkan:
5.0V DC, 2.0A, USB-C (Tidak disertakan)
Fungsi lampu
MENGHIDUPKAN/MEMATIKAN. Tekan suis
lampu (5) sekali untuk menghidupkannya
pada kecerahan 100%. Tekan semula untuk
memalapkan lambu kepada 50% dan kali ketiga
untuk MEMATIKAN.
Fungsi pembesar suara
MENGHIDUPKAN/MEMATIKAN. Tekan sekejap
pada butang kuasa (3) akan MENGHIDUPKAN
pembesar suara anda. Tekan lama pada butang
Kuasa jika anda ingin MEMATIKAN pembesar
suara tersebut.
Main/Jeda. Tekan dail (2) untuk memainkan
atau menjeda muzik.
Kelantangan. Putarkan dail (2) mengikut
arah jam untuk meningkatkan kelantangan
dan mengikut arah lawan jam untuk
menurunkan kelantangan.
P erpasangan Bluetooth. Tekan dan tahan (tekan
lama) untuk memulakan mod berpasangan.
Lampu LED putih akan mula berkelip. Buka
tetapan Bluetooth di peranti anda, pembesar
suara sepatutnya akan disenaraikan sebagai
VAPPEBY.
Mematikan secara automatik. Jika pembesar suara
tersebut tidak dipasangkan dengan sebarang peranti,
ia akan dimatikan secara automatik selepas 5 minit.
Sekiranya pembesar suara telah dipasangkan tetapi
tiada muzik yang dimainkan, ia akan dimatikan secara
automatik selepas 20 minit.
Gunakan Spotify Tap
TM
Spotify Tap
membolehkan anda meneruskan dan
TM
menukar muzik secara terus daripada pembesar suara
Bluetooth anda dengan hanya menekan satu butang.
Jika anda mempunyai peranti iOS:
Pergi ke App Store dan muat turun aplikasi Spotify. Anda
akan dapat mencipta satu akaun atau log masuk jika anda
telah pun mempunyainya.
Jika anda mempunyai peranti Android:
Pergi ke Google Play Store dan muat turun aplikasi
Spotify. Anda akan dapat mencipta satu akaun atau log
masuk jika anda telah pun mempunyainya.
Penggunaan kali pertama
Pastikan peranti anda telah berpasangan melalui
Bluetooth kepada pembesar suara VAPPEBY anda.
Pastikan aplikasi mudah alih Spotify dibuka. Ia hanya
diperlukan pada penggunaan kali pertama.
Tekan butang kuasa (3) untuk memulakan muzik.
Penunjuk LED akan berkelip sebanyak dua kali.
Mulai sekarang, setiap kali anda menekan dengan cepat
butang kuasa (3), muzik akan diteruskan pada bila-
bila masa peranti anda dipasangkan dan berada dlam
jangkauan.
Menukar muzik
Tekan semula butang Kuasa (3) untuk menukar apakah
yang sedang dimainkan kepada runut yang disyorkan.
43

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents