Download Print this page

Panasonic Panduan NU-MX100P Operating Instructions Manual page 14

Multifunctional steam sterilizer and dryer
Hide thumbs Also See for Panduan NU-MX100P:

Advertisement

Available languages

Available languages

selama 1-2 min. Putuskan bekalan kuasa dan rehatkan
larutan di dalam tangki selama 30 minit. Buangkan air,
bilas tangki sebersih-bersihnya dan keringkan.
Apabila menggunakan cuka putih: Larutkan 30 paket cuka putih
dengan 120 ml air sejuk, tuangkan larutan tersebut ke dalam tangki
simpanan air tapak, tekan "Kuasa", tekan "Pemanasan Semula/
Wap" dan biarkan produk beroperasi selama 1-2 min. Putuskan
bekalan kuasa dan rehatkan larutan di dalam tangki selama 30
minit. Buangkan air, bilas tangki sebersih-bersihnya dan keringkan.
● Membersihkan penapis udara
Penapis di bahagian bawah tapak boleh ditanggalkan
untuk pembersihan. Selepas pembersihan, pasang semula
di atas tapak dengan bahagian berwarna perak ke luar.
Sebelum menggunakan asid sitrik, baca arahan ini
dengan teliti. Jangan sentuh mata. Letakkan asid sitrik
tersebut jauh dari daripada capaian kanak-kanak.
6. Soal Jawab
(1) Apakah item yang boleh dimasukkan ke dalam produk
untuk pensterilan?
Secara umumnya, item yang boleh bertahan dalam suhu tinggi
melebihi daripada 100 °C dan tidak melepaskan bahan berbahaya
selepas dipanaskan boleh disterilkan (untuk butiran, sila rujuk
arahan item ini atau dapatkan nasihat profesional), seperti botol
PP, botol kaca, botol silikone, puting hisap, gegigit, pinggan
mangkuk selamat yang diperbuat daripada bahan selamat.
(2) Adakah terdapat keperluan yang ketat untuk kualiti air?
Secara umumnya, untuk pensterilan, air tulen atau air
minuman yang dirawat adalah disarankan. Air paip yang tidak
dirawat mempunyai banyak kekotoran dan berkemungkinan
besar menghasilkan kerak. Ini akan meningkatkan kesukaran
pembersihan dan boleh menjejaskan operasi biasa produk.
(3) Mengapakan masa pensterilan terlalu singkat?
Sebab masa pensterilan menjadi terlalu singkat ialah mungkin air
yang dimasukkan terlalu sedikit. Secara umumnya, jumlah minimum
air yang disaran untuk dimasukkan ialah kira-kira 90 ml. Adalah
wajar untuk mengekalkan masa pensterilan selama 10-15 minit.
(4) Mengapakah masih terdapat titisan air pada beberapa
item selepas pengeringan?
Kesan pengeringan akan terjejas sekiranya terlalu banyak
item diletakkan atau item disusun terlalu padat atau di sudut
yang tidak betul. Adalah disarankan untuk mensteril dan
mengeringkan item secara berkumpulan, atau meningkatkan
tempoh dan kekerapan pengeringan dengan sewajarnya.
(5) Mengapa masih ada titisan air atas dinding dalaman
(bahagian dinding yang dekat dengar penutup)
walaupun kitaran pengeringan sudah selesai?
Semasa proses pengeringan, kondensasi wap air
menjadi titisan air dan terperangkap dalam pertindihan
antara penutup dan badan dan tidak boleh dikeringkan
sepenuhnya. Apabila penutup dibuka, beberapa titisan air
mengalir ke bawah dinding dalaman. Kondensasi boleh
dikurangkan dengan memanjangkan proses pengeringan.
May-6

Advertisement

loading