Download Print this page

Philips GC4924/20 User Manual page 32

Hide thumbs Also See for GC4924/20:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BAHASA MELAYU
32
ECO
Tetapan stim
Anda boleh menetapkan tetapan stim yang berbeza dengan gelangsar stim:
- Tiada stim: untuk menghentikan pengeluaran stim ketika seterika tidak
digunakan.
Semasa menyeterika, sentiasa pilih tetapan ECO atau MAX.
- ECO: (jenis tertentu sahaja) untuk menjimatkan tenaga, mengurangkan
output stim dan masih memiliki aliran stim yang cukup untuk
menyeterika pakaian anda.
- MAX: untuk menetapkan output stim maksimum, gabungan sempurna
dengan tetapan OptimalTemp.
Untuk hasil yang terbaik dan masa menyeterika singkat, kami amat
menggalakkan anda menyeterika semua fabrik boleh diseterika pada
tetapan output stim maksimum.
1
Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
2
Tolak gelangsar stim pada tetapan stim yang dikehendaki.
Menggunakan perkakas
Penyeterikaan
Dengan teknologi OptimalTemp anda boleh menyeterika setiap helai
pakaian dengan berkesan dan selamat, walaupun kain halus seperti sutera
tanpa perlu risau mengenai tetapan suhu.
1
Anda boleh mula menyeterika apabila Lampu Pintar berhenti berkelip
dan terus menyala biru. (Lihat bab 'Persediaan bagi penggunaan',
bahagian 'Pemanasan').
Nota: Semasa meletak seterika pada tumitnya, ia mengeluarkan bunyi berdesis
seperti air tersejat oleh tapak plat yang panas. Ini adalah normal.
Ciri
Fungsi sembur
Anda boleh menggunakan fungsi sembur untuk melembapkan pakaian yang
hendak diseterika. Ini membantu menghilangkan kedutan degil.
1
Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
2
Tekan butang sembur beberapa kali untuk melembapkan pakaian yang
hendak diseterika.
Fungsi pancutan stim
Pancutan stim dari tapak plat membantu menghilangkan kedutan degil.
Pancutan stim meningkatkan penyebaran stim ke dalam setiap bahagian
pakaian.

Advertisement

loading