Makita M8700G Instruction Manual page 23

Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
OPERASI
Sentiasa gunakan genggaman sisi (pemegang
tambahan) dan pegang alat dengan kukuh pada kedua-
dua genggaman sisi dan pemegang suis semasa
operasi.
Operasi penggerudian tukul
► Rajah9
Tetapkan tombol penukar mod tindakan ke simbol
Letakkan bit pada lokasi yang dikehendaki untuk
lubang, kemudian tarik pemicu suis. Jangan paksa alat.
Tekanan ringan memberi hasil yang terbaik. Pastikan
alat berada pada kedudukan dan elakkan tergelincir
dari lubang.
Jangan beri lebih tekanan apabila lubang tersumbat
dengan serpihan atau debu. Sebaliknya, gunakan alat
tersebut pada keadaan melahu, kemudian keluarkan
sebahagian bit dari lubang. Dengan mengulangi
ini beberapa kali, lubang itu akan dibersihkan dan
penggerudian biasa dapat diteruskan.
Tetapkan tombol penukar mod tindakan ke simbol
PERHATIAN:
Terdapat kekuatan putaran yang sangat kuat
dan mendadak pada alat/bit semasa lubang
dibolosi, apabila lubang tersumbat dengan
serpihan dan zarah, atau apabila terkena
batang rod penguat yang terbenam dalam
konkrit. Sentiasa gunakan genggaman sisi
(pemegang tambahan) dan pegang alat dengan
kukuh pada kedua-dua genggaman sisi dan
pemegang suis semasa operasi. Kegagalan
berbuat demikian boleh mengakibatkan hilang
kawalan pada alat dan kecederaan yang teruk.
NOTA: Kesipian dalam putaran bit mungkin berlaku
semasa mengendalikan alat tanpa beban. Alat akan
memusatkan diri secara automatik semasa operasi.
Ini tidak menjejaskan ketepatan penggerudian.
Penggerudian pada kayu atau logam
► Rajah10: 1. Penyesuai cuk 2. Cuk gerudi tanpa
kunci
Gunakan pemasangan cuk gerudi pilihan. Apabila
memasang, rujuk bahagian "Memasang atau
menanggalkan bit".
PERHATIAN:
Jangan sekali-kali menggunakan "putaran
dengan menukul" apabila cuk gerudi dipasang
pada alat. Cuk gerudi mungkin rosak.
Selain itu, cuk gerudi akan terkeluar apabila
membalikkan alat.
Menekan alat secara berlebihan tidak akan
mempercepatkan penggerudian. Malah,
tekanan yang berlebihan ini hanya akan
merosakkan hujung bit anda, mengurangkan
prestasi alat dan memendekkan hayat
.
perkhidmatan alat.
Terdapat kekuatan putaran besar yang
dikenakan pada alat/bit pada masa lubang
dibolosi. Pegang alat dengan kukuh dan beri
perhatian apabila bit mula menembusi bahan
kerja.
Bit yang tersangkut boleh dialih keluar hanya
dengan menetapkan suis pembalik kepada
putaran terbalik supaya ia dapat dialih keluar.
Walau bagaimanapun, alat mungkin terkeluar
secara tiba-tiba jika anda tidak memegangnya
.
dengan kukuh.
Sentiasa kukuhkan bahan kerja kecil dalam
ragum atau peranti penekan yang sama.
Penggerudian teras intan
Apabila melakukan operasi penggerudian teras
intan, sentiasa tetapkan tuil ubah ke posisi
menggunakan tindakan "putaran sahaja".
PERHATIAN:
Jika menjalankan operasi penggerudian teras
intan menggunakan tindakan "putaran dengan
menukul", bit teras intan mungkin rosak.
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan
palamnya dicabut sebelum cuba menjalankan
pemeriksaan atau penyelenggaraan.
Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan,
pemeriksaan dan penggantian berus karbon, apa-apa
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Pusat Servis Makita yang Diiktiraf, sentiasa
gunakan alat ganti Makita.
23 BAHASA MELAYU
untuk

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

M8700

Table of Contents