Philips FC8279/61 Manual page 23

Philips airstar bagless vacuum cleaner fc8279 homecare
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
3
Untuk melaraskan panjang tiub kepada yang anda rasa paling selesa semasa memvakum, tolak
gelangsar pada tiub ke atas (1) dan tolak bahagian atas tiub ke bawah atau tarik ia ke atas
(2) (Gamb. 6).
Muncung
Menyambung muncung kepada tiub
1
Untuk menyambungkan muncung kepada tiub, masukkan tiub ke dalam muncung dan
pusingkannya sedikit (Gamb. 7).
Nota: Untuk menanggalkan muncung daripada tiub, tarik dan pusingkannya sedikit.
Muncung gabungan dengan 2 suis rocker
Anda boleh gunakan muncung gabungan pada permaidani (dengan jalur berus dilipat ke dalam) atau
pada lantai keras (dengan jalur berus dilipat ke luar).
-
Untuk membersihkan lantai keras, tolak suis rocker di atas muncung gabungan dengan kaki anda
untuk membuatkan jalur berus keluar daripada petak muncung (Gamb. 8).
-
Untuk membersihkan permaidani, tolak suis rocker di sebelah yang satu lagi agar jalur berus
hilang ke dalam petak (Gamb. 9).
Muncung kecil, muncung ceruk dan muncung berus
1
Sambungkan muncung kecil, muncung ceruk atau muncung berus langsung kepada gegenggam
tangan atau tiub (Gamb. 10).
1
Muncung ceruk: gunakan muncung ini untuk membersihkan sudut yang sempit atau tempat yang
sukar dicapai.
2
Muncung kecil: gunakan muncung ini untuk membersihkan kawasan kecil, seperti pada tempat
duduk pada kerusi dan sofa.
3
Muncung berus: gunakan muncung ini untuk membersihkan komputer, rak buku dsb.
Menggunakan perkakas
Pembersihan vakum
-
Anda boleh mengangkat pembersih vakum pada pemegangnya di bahagian hadapan atau di
bahagian atas perkakas (Gamb. 11).
1
Tarik kord sesalur kuasa keluar daripada perkakas dan masukkan plag sesalur kuasa ke dalam
soket dinding.
2
Tekan butang hidup/mati di atas perkakas dengan kaki anda untuk
menghidupkan perkakas (Gamb. 12).
-
Jika anda hendak berhenti seketika, masukkan rabung pada muncung ke dalam slot perletakan
agar tiub dalam kedudukan yang memudahkan (Gamb. 13).
Nota: Untuk memastikan peletakan tiub teleskop yang stabil, laraskan tiub supaya menjadi paling
pendek.
3
Untuk mematikan perkakas, tekan butang hidup/mati lagi.
Melaraskan kuasa sedutan
-
Anda boleh melaraskan kuasa sedutan menggunakan kawalan kuasa sedutan elektronik pada
pembersih vakum (Gamb. 14).
Bahasa MElayu
23

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Fc8279

Table of Contents