Philips FC8279/61 Manual page 22

Philips airstar bagless vacuum cleaner fc8279 homecare
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahasa MElayu
22
-
Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
-
Jangan halakan hos, tiub atau sebarang aksesori lain pada mata atau telinga dan jangan
letakkannya di dalam mulut anda apabila ia telah disambungkan kepada pembersih vakum dan
pembersih vakum tersebut dihidupkan.
-
Perkakas tidak dapat berfungsi jika bekas habuk tidak ditempatkan dengan betul.
awas
-
Jangan sedut objek yang besar kerana ini mungkin menyebabkan laluan udara dalam tiub atau
hos tersekat.
-
Apabila anda menggunakan perkakas untuk memvakum abu, pasir halus, kapur, habuk simen dan
bahan yang serupa, liang silinder penuras menjadi tersumbat. Jika anda terasa pengurangan yang
ketara dalam kuasa sedutan, bersihkan silinder penuras.
-
Jangan sekali-kali gunakan perkakas tanpa silinder penuras. Ini akan merosakkan motor dan
memendekkan hayat perkakas.
-
Hanya gunakan silinder penuras Philips yang dibekalkan bersama perkakas.
-
Silinder penuras tidak kalis air dan tidak boleh dibersihkan menggunakan air, agen pembersih atau
bahan mudah terbakar. Ikuti arahan dalam bab 'Pembersihan'.
-
Semasa pembersihan vakum, terutama sekali di dalam bilik dengan kelembapan udara yang
rendah, pembersih vakum anda akan menokok elektrik statik. Akibatnya, anda boleh mengalami
kejutan elektrik semasa anda menyentuh tiub atau bahagian keluli lain pada pembersih vakum
anda. Kejutan ini tidak berbahaya kepada anda dan tidak akan merosakkan perkakas. Untuk
mengurangkan ketakselesaan ini, kami menasihati anda:
1
agar menyahcas perkakas dengan kerap kali mendekatkan tiub kepada objek logam lain di dalam
bilik (contohnya kaki meja atau kerusi, radiator, dsb.); (Gamb. 2)
2
untuk meningkatkan tahap kelembapan udara di dalam bilik dengan meletakkan air di dalam bilik.
Contohnya, anda boleh menggantungkan bekas yang diisi air dari radiator atau mangkuk plastik
yang diisi air di atas atau berhampiran radiator anda (Gamb. 3).
am
-
Aras hingar: Lc = 82 dB(A).
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Bersedia untuk menggunakannya
hos
1
Untuk menyambungkan hos, tekan ia ke dalam perkakas (1) dan putar mengikut jam
(2) (Gamb. 4).
Nota: Untuk menanggalkan hos, putar melawan jam dan tarik keluar daripada perkakas.
Tiub teleskop dengan tiub sambungan
1
Untuk menyambungkan tiub sambungan kepada bahagian bawah tiub teleskop, masukkan
bahagian yang sempit ke dalam bahagian yang lebih lebar dan pusingkannya sedikit.
Nota: Untuk menanggalkan bahagian-bahagian tiub yang bersambung, tarik sambil memusingkannya
sedikit.
2
Untuk menyambungkan tiub kepada gegenggam tangan pada hos, masukkan bahagian yang
sempit ke dalam bahagian yang lebih lebar dan pusingkannya sedikit (Gamb. 5).
Nota: Untuk menanggalkan tiub daripada gegenggam tangan, tarik sambil memusingkannya sedikit.

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Fc8279

Table of Contents