LG G6 Quick Start Manual page 17

Hide thumbs Also See for G6:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar pada tahap volum
yang tinggi untuk tempoh yang panjang.
• tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran.
Bahagian Kaca
Sesetengah bahagian peranti mudah alih anda diperbuat daripada kaca. kaca ini boleh pecah jika
peranti mudah alih anda terjatuh di atas permukaan keras atau menerima hentakan yang besar.
Jika kacanya pecah, jangan sentuh atau cuba untuk menanggalkannya. Berhenti menggunakan
peranti mudah alih anda sehingga kaca tersebut diganti oleh penyedia perkhidmatan yang sah.
Kawasan letupan
Jangan gunakan peranti di tempat kerja peletupan sedang dijalankan. Patuhi sekatan dan ikut
sebarang aturan dan peraturan.
Persekitaran boleh meletup
• Jangan gunakan peranti di tempat mengisi minyak.
• Jangan gunakan berhampiran bahan api atau bahan kimia.
• Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar, cecair atau bahan letupan di dalam ruang
kenderaan yang sama anda meletakkan peranti dan aksesorinya.
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
• Matikan peranti anda sebelum menaiki sebarang pesawat terbang.
• Jangan gunakannya apabila mendarat tanpa izin anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan peranti di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak kecil. Ini termasuklah
bahagian kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik jika bahagian ini ditanggalkan.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia pada semua rangkaian mudah alih. Oleh itu, anda
tidak sepatutnya bergantung semata-mata kepada peranti anda untuk membuat panggilan
kecemasan. Semak dengan pembekal khidmat tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
• Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
• Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang boleh diterima. Pek bateri mungkin dicas
beratus kali sehingga ia perlu digantikan.
• Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau gunakannya pada
kelembapan yang tinggi, seperti di bilik air.
• Jangan biarkan peranti di tempat yang panas atau sejuk kerana ini mungkin menjejaskan
prestasi bateri.
• risiko letupan jika bateri diganti dengan jenis yang salah. Lupuskan bateri yang telah digunakan
mengikut arahan.
• tanggalkan plag pengecas dari soket dinding setiap kali selepas peranti dicas sepenuhnya untuk
menjimatkan kuasa pengecas daripada penggunaan yang tidak perlu.
• Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau gigi haiwan, bersentuhan dengan bateri. Ini
akan menyebabkan kebakaran.
7

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Lg-h870ds

Table of Contents