LG G6 Quick Start Manual page 16

Hide thumbs Also See for G6:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis panduan untuk penggunaan
selamat dan efisien
• Jangan kendalikan peranti dengan tangan yang basah semasa peranti sedang dicas. tindakan ini
boleh menyebabkan renjatan elektrik dan peranti mungkin akan rosak teruk.
• Jangan cas peranti berhampiran bahan yang mudah terbakar kerana peranti akan menjadi panas
dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
• Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini (jangan gunakan pelarut
seperti benzena, pencair atau alkohol).
• Jangan cas peranti di atas perabot yang lembut.
• Peranti hendaklah dicas di kawasan yang baik pengudaraannya.
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
• Jangan simpan peranti di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh menjejaskan
maklumat pada jalur magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek tajam kerana perbuatan ini boleh merosakkan peranti.
• Jangan dedahkan peranti kepada cecair atau kelembapan.
• Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau membaiki kaca yang pecah,
sumbing atau retak. kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-siakan dan disalahgunakan
adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
• Peranti anda ialah peranti elektronik yang menghasilkan haba ketika penggunaan biasa.
Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan dalam keadaan pengudaraan
tidak mencukupi mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan atau melecur sedikit. Oleh itu,
anda hendaklah berjaga-jaga semasa atau sejurus selepas mengendalikan peranti anda.
• Jika peranti anda basah, tanggalkan plag dengan serta merta untuk mengeringkan ia
sepenuhnya. Jangan cuba mempercepatkan proses mengering dengan sumber pemanasan
luaran, seperti ketuhar, ketuhar gelombang mikro atau pengering rambut.
Operasi peranti yang berkesan
• Jangan gunakan peranti anda berhampiran kelengkapan perubatan tanpa meminta kebenaran.
Sila rujuk doktor anda untuk menentukan jika operasi peranti anda mungkin mengganggu
operasi peranti perubatan anda.
• Penghasil perentak jantung mengesyorkan agar anda meninggalkan ruang sekurang-kurangnya
15 cm di antara peranti lain dan perentak jantung untuk mengelakkan halangan dengan
perentak jantung.
• Peranti ini mungkin memancarkan lampu terang atau berkelip.
• Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin terganggu oleh peranti.
• Jika boleh, guna peranti anda dalam suhu di antara 0 ºC dan 40 ºC. Mendedahkan peranti anda
kepada suhu yang terlampau rendah atau tinggi akan mengakibatkan kerosakan, malfungsi
atau letupan.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan peranti di kawasan tempat anda
memandu.
• Jangan gunakan peranti pegang tangan semasa memandu.
• Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
• Berhenti di tepi jalan sebelum menggunakannya.
• tenaga rF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik di dalam kenderaan anda seperti
stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.
• Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya dengan kelengkapan wayarles
yang dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak berfungsi atau menyebabkan kecederaan
serius disebabkan prestasi yang tidak betul.
• Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan bahawa volum berada
pada paras yang berpatutan agar anda sedar akan keadaan di sekeliling anda. Ini khususnya
amat penting jika anda berdekatan jalan raya.
6

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Lg-h870ds

Table of Contents