Makita 2416S Instruction Manual page 24

Portable cut-off
Hide thumbs Also See for 2416S:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Apabila roda pemotongan telah sangat haus, gunakan
blok penjarak bahan yang kukuh, tidak mudah terbakar
di belakang bahan kerja seperti yang ditunjukkan
dalam rajah. Anda boleh menggunakan roda yang haus
dengan lebih efisien dengan menggunakan titik tengah
pada pinggir roda untuk memotong bahan kerja.
► Rajah12: 1. Blok penjarak 2. Pemegang
Bahan kerja yang panjang mestilah disokong dengan
blok bahan yang tidak mudah terbakar pada kedua-dua
sisi supaya ia akan sama paras dengan atas tapak.
► Rajah13: 1. Blok
OPERASI
Pegang pemegang dengan kukuh. Hidupkan alat dan
tunggu sehingga roda mencapai kelajuan sepenuhnya
sebelum merendahkan dengan perlahan kepada
potongan. Apabila roda bersentuhan dengan bahan
kerja, tekan pada pemegang secara berperingkat
untuk melakukan potongan. Apabila potongan
selesai, matikan alat dan TUNGGU SEHINGGA
RODA BERHENTI SPENUHNYA sebelum kembalikan
pemegang kepada kedudukan terangkat sepenuhnya.
PERHATIAN:
Tekanan pemegang yang betul semasa
pemotongan dan kecekapan pemotongan
maksimum boleh ditentukan dengan jumlah
percikan api yang dihasilkan semasa
memotong. Tekanan anda pada pemegang
harus diselaraskan untuk menghasilkan
jumlah maksimum percikan api. Jangan paksa
potongan dengan mengenakan tekanan
berlebihan kepada pemegang. Kecekapan
pemotongan yang berkurangan, haus roda
terlalu awal, dan juga, kemungkinan kerosakan
kepada alat, roda pemotongan atau bahan kerja
boleh terhasil.
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan
palamnya dicabut sebelum cuba menjalankan
pemeriksaan atau penyelenggaraan.
Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Pelinciran
► Rajah14
Bahagian yang berikut harus disapu pelincir sekali-
sekala dengan minyak mesin:
1.
Skru ragum dan bahagian berpusing.
2.
Permukaan sentuhan antara perumah motor dan
plat lekapan perumah motor.
3.
Permukaan lungsur ragum.
Menggantikan berus karbon
► Rajah15: 1. Tanda had
Keluarkan dan periksa berus karbon dengan kerap.
Gantikan ia apabila ia telah haus sehingga tanda had.
Pastikan berus karbon sentiasa bersih dan bebas untuk
dimasukkan ke dalam pemegang. Kedua-dua berus
karbon harus diganti pada masa yang sama. Gunakan
hanya berus karbon yang serupa.
Gunakan pemutar skru untuk mengeluarkan penutup
pemegang berus. Keluarkan berus karbon yang telah
haus, masukkan berus baharu dan kukuhkan penutup
pemegang berus.
► Rajah16: 1. Penutup pemegang berus 2. Pemutar
skru
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, sebarang
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Pusat Servis Makita yang Diiktiraf, sentiasa
gunakan alat ganti Makita.
AKSESORI PILIHAN
PERHATIAN:
Aksesori atau alat tambahan ini adalah
disyorkan untuk digunakan dengan alat Makita
anda yang dinyatakan dalam manual ini.
Penggunaan mana-mana aksesori atau alat
tambahan lain mungkin mengakibatkan risiko
kecederaan kepada orang. Hanya gunakan
aksesori atau alat tambahan untuk tujuan yang
dinyatakannya.
Jika anda memerlukan bantuan untuk butiran lanjut
berkenaan aksesori ini, tanya Pusat Servis Makita
tempatan anda.
Roda pemotongan pelelas
Perengkuh soket 17
Butang buka kunci
NOTA:
Beberapa item dalam senarai mungkin
disertakan dalam pakej alat sebagai aksesori
standard. Item mungkin berbeza mengikut
negara.
24 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents