Makita M5801 Instruction Manual page 26

Hide thumbs Also See for M5801:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
14. Kedalaman bilah dan tuil penguncian
penyesuai serong mestilah ketat dan kukuh
sebelum melakukan pemotongan. Jika
penyesuaian bilah bertukar semasa pemotongan,
ia boleh menyebabkan kapitan atau tolak keluar.
15. Gunakan langkah yang lebih berhati-hati
apabila menggergaji ke dalam dinding sedia
atau kawasan terlindung yang lain. Bilah yang
terjulur mungkin memotong objek yang akan
menyebabkan tolak keluar.
16. SENTIASA pegang alat dengan kuat
menggunakan kedua-dua tangan. JANGAN
letakkan tangan atau jari anda di belakang
gergaji. Jika tolak keluar berlaku, gergaji boleh
terlompat ke belakang dengan mudah ke atas
tangan anda, mengakibatkan kecederaan diri
yang serius.
17. Jangan sesekali memaksa gergaji. Tolak
gergaji ke hadapan pada satu kelajuan supaya
bilah memotong tanpa menjadi perlahan.
Memaksa gergaji boleh menyebabkan potongan
tidak rata, hilang ketepatan dan kemungkinan
tolak keluar.
Fungsi pengadang bawah
18. Periksa pengadang bawah untuk penutupan
yang betul sebelum setiap penggunaan.
Jangan kendalikan gergaji jika pengadang
bawah tidak bergerak dengan bebas dan
tertutup serta-merta. Jangan sesekali
mengapit atau mengikat pengadang bawah
pada kedudukan terbuka. Jika gergaji terjatuh
tanpa sengaja, pengadang bawah mungkin
bengkok. Naikkan pengadang bawah dengan
pemegang menarik balik dan pastikan ia bergerak
dengan bebas dan tidak menyentuh bilah atau
sebarang bahagian lain, pada semua sudut dan
kedalaman potongan.
19. Periksa operasi spring pengadang bawah.
Jika pengadang dan spring tidak beroperasi
dengan betul, ia mestilah diservis sebelum
digunakan. Pengadang bawah mungkin
beroperasi dengan perlahan disebabkan alat
ganti yang rosak, mendapan bahan melekit, atau
serpihan yang terkumpul.
20. Pengadang bawah boleh ditarik balik
secara manual hanya untuk potongan
khas seperti "potongan menjunam" dan
"potongan majmuk". Naikkan pengadang
bawah dengan pemegang menarik balik
dan sebaik sahaja bilah memasuki bahan,
pengadang bawah mestilah dilepaskan. Untuk
semua penggergajian lain, pengadang bawah
seharusnya beroperasi secara automatik.
21. Sentiasa perhatikan bahawa pengadang bawah
menutupi bilah sebelum meletakkan gergaji
di atas bangku atau lantai. Bilah meluncur
yang tidak dilindungi akan menyebabkan gergaji
bergerak ke belakang, memotong apa sahaja
yang berada di laluannya. Berhati-hati dengan
masa yang diambil untuk bilah berhenti selepas
suis dilepaskan.
22. Untuk memeriksa pengadang bawah, buka
pengadang bawah dengan tangan, kemudian
lepaskan dan lihat penutupan pengadang.
Periksa juga untuk melihat pemegang
tarik balik tidak menyentuh perumah alat.
Meninggalkan bilah terdedah adalah SANGAT
BERBAHAYA dan boleh mengakibatkan
kecederaan diri yang serius.
Amaran keselamatan tambahan
23. Lebih berhati-hati semasa memotong kayu
lembab, kayu gergaji tekanan berubat, atau
kayu yang mempunyai buku kayu. Kekalkan
kemaraan lancar alat tanpa mengurangkan
kelajuan bilah untuk mengelakkan pemanasan
berlebihan hujung bilah.
24. Jangan cuba untuk mengeluarkan bahan
potongan semasa bilah sedang bergerak.
Tunggu sehingga bilah berhenti sebelum
menarik bahan potongan.Bilah akan meluncur
selepas dimatikan.
25. Elakkan memotong paku. Periksa untuk dan
keluarkan semua paku daripada kayu gergaji
sebelum pemotongan.
26. Letakkan bahagian yang lebih lebar tapak
gergaji pada bahagian bahan kerja yang
telah disokong sepenuhnya, bukan bahagian
yang akan jatuh semasa potongan dilakukan.
Contohnya, Rajah 1 menggambarkan cara
yang BETUL untuk memotong hujung
papan dan Rajah 2 ialah cara yang SALAH.
Jika bahan kerja adalah pendek dan
kecil, apitkannya. JANGAN CUBA UNTUK
MEMEGANG BAHAN PENDEK DENGAN
TANGAN!
Fig. 1
26 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents