Pencegahan Keselamatan - Panasonic F-M12GX Operating And Installation Instructions

Table of Contents

Advertisement

Pencegahan keselamatan

Untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya kecederaan kepada pengguna atau kerosakan harta benda, sila patuhi semua penerangan
yang dinyatakan di bawah.
Simbol ini menunjukkan
perbuatan yang WAJIB
DILAKUKAN.
Keadaan yang mungkin disebabkan oleh
kecuaian dalam mengendalikan produk,
AMARAN
yang mana, jika tidak dielakkan, boleh
mengakibatkan kematian atau kecederaan
parah kepada pengguna.
Sila rujuk kepada semua arahan yang diberikan dalam panduan
ini untuk pemasangan.
Kerja elektrikal dan kerja pemasangan mesti dilakukan oleh
orang yang bertauliah.
Kesilapan pemasangan boleh menyebabkan kebakaran, kejutan
elektrik, kipas silling terjatuh atau kecederaan.
Peralatan ini tidak direka untuk digunakan oleh individu
(termasuk kanak-kanak) yang mempunyai kecacatan anggota,
deria atau kebolehan mental, atau kurang pengalaman dan
pengetahuan, melainkan mereka telah diberikan pemerhatian
atau panduan mengenai penggunaan peralatan ini oleh
individu yang bertanggungjawab mengenai keselamatan
mereka. Kanak-kanak mestilah diberi pemerhatian untuk
memastikan mereka tidak bermain dengan peralatan ini.
Putuskan bekalan kuasa dan tunggu sehingga Bilah Kipas
berhenti sepenuhnya, sebelum membersihkan atau membuat
kerja penyelenggaraan.
Boleh menyebabkan kecederaan atau kejutan elektrik jika Kipas
Siling bergerak secara tiba-tiba.
Sila rujuk pada wakil penjual anda untuk membaiki atau
penyelenggaraan.
Ketatkan Skru Bilah Kipas dengan kukuh menggunakan
pemutar skru. (250-300 N•cm)
Boleh menyebabkan kecederaan jika Bilah Kipas terjatuh.
Pastikan cangkuk siling boleh menanggung beban 10 kali
ganda berat Kipas Siling.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Berhenti menggunakan Kipas Siling apabila mendapati apa-apa
keganjilan atau kegagalan berlaku dan putar Pemutus Litar
Miniatur (MCB) kepada "OFF".
Risiko asap, kebakaran, kejutan elektrik atau Kipas Siling terjatuh.
Sila hubungi wakil penjual anda untuk membaiki atau penyelenggaraan.
Tanggalkan Kipas Siling yang patah atau yang mengalami
kerosakan.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Elakkan memasang Kipas Siling di tempat berminyak dan
berhabuk.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan elektrik akibat litar pintas.
Jangan pasang Kipas Siling di kawasan yang berhampiran
dengan barang mudah terbakar seperti dapur gas.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan elektrik akibat litar pintas.
Jangan pasang Kipas Siling berhampiran dengan bahan kimia
dan alkali.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan elektrik akibat litar pintas.
Elakkan kerosakan pada dawai semasa pemasangan.
contohnya, dawai berubah bentuk kerana panas, terpulas,
bengkok, dsb.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan elektrik akibat litar
pintas.
Jangan gunakan bekalan kuasa selain dari voltan yang telah
ditetapkan.
Pemanasan yang terlampau boleh menyebabkan kejutan elektrik
atau kebakaran.
Jangan masukkan sebarang logam kedalam ruang bateri
bersama-sama Bateri.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan elektrik akibat litar pintas.
Jangan bergantung pada Kipas Siling.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Jangan buka sebarang bahagian-bahagian Kipas Siling
melainkan dinyatakan di dalam panduan ini.
Hendaklah menggunakan bahagian-bahagian yang dibekalkan sahaja.
Boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik, kecederaan atau Kipas
Siling terjatuh.
F-M12GX_161227.indd 3
F-M12GX_161227.indd 3
Sentiasa mengikuti arahan berikut
Simbol ini menunjukkan
perbuatan yang
DILARANG.
AMARAN
Jangan sentuh Kipas Siling ketika ia sedang beroperasi.
Boleh menyebabkan kecederaan, kerosakan atau Kipas Siling terjatuh.
Jangan percikkan air ke Kipas Siling atau, jangan basahkan
Kipas Siling.
Boleh menyebabkan kebakaran, atau kejutan elektrik akibat litar pintas.
Keadaan yang mungkin disebabkan oleh
salah pengendalian produk yang jika
AWAS
tidak dielakkan, boleh mengakibatkan
kecederaan kepada pengguna atau
kerosakan harta benda.
AWAS
Untuk mengelakkan kemungkinan berlaku kecederaan
kepada pengguna atau kerosakan harta benda, sila
patuhi semua arahan yang dinyatakan dalam panduan ini.
Pengilang tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku
sebarang kemalangan atau kecederaan yang disebabkan
oleh kesilapan pemasangan atau pemasangan yang tidak
mengikut buku panduan.
Kipas Siling mesti dipasang lebih daripada 2.5 m dari
lantai dan jarak 1 m dari dinding ke Bilah Kipas.
Boleh menyebabkan ketidakstabilan aliran angin dan
mengakibatkan Kipas Siling bergoyang.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Rujuk Langkah 2 -
pada muka surat 13 untuk kaedah
1
pengukuran.
Selepas pemasangan, pastikan Kipas Siling tidak terlampau
goyang.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Gantikan kesemua Bilah Kipas jika salah satu daripadanya
patah atau retak.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Bilah Kipas terjatuh akibat
goyangan.
Jangan pasang di tempat yang basah, bersuhu tinggi dan
berkelembapan tinggi seperti di dalam bilik air.
Jika terdapat kebocoran arus elektrik, kejutan elektrik atau
kebakaran mudah berlaku.
Produk ini adalah untuk kegunaan dalam rumah sahaja.
Jangan pasang di tempat yang berangin.
Boleh menyebabkan karat, warna luntur, kerosakan atau
kecederaan.
Jangan pasang di tempat yang terdapat getaran dan
hentakan tinggi.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Elakkan memasang di siling berbentuk kubah.
Boleh menyebabkan aliran udara yang tidak stabil dan
mempengaruhi Kipas Siling untuk bergoyang.
Boleh menyebabkan kecederaan jika Kipas Siling terjatuh.
Elakkan pendedahan angin pada Kipas Siling secara
berterusan.
Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Lapkan kotoran dengan menggunakan kain yang bersih dan
lembut, sabun biasa dan air untuk mengekalkan kebersihan
kipas. Jangan gunakan pelarut (gasolin, petrol, pencair,
benzin, alkohol, serbuk pencuci, detergen alkali) atau bahan
kimia lain.
Boleh menyebabkan kerosakan bahagian plastik atau besi
berkarat.
Boleh menyebabkan kecederaan jika komponen terjatuh.
Pastikan Cangkuk Siling (Cangkuk "J") atau (Cangkuk
"U") tidak longgar. Ketatkan Bolt dan Nat pada Plat Takal
menggunakan sepana kilas. (1500-1800 N•cm)
Boleh menyebabkan kecederaan jika Bilah Kipas terjatuh akibat
goyangan.
Rujuk Langkah 2 pada muka surat 7 untuk kaedah pemasangan.
Selepas pemulihan gangguan bekalan elektrik, lampu LED
akan bertukar menjadi kecerahan tinggi. MATIKAN suis
dinding apabila Kipas Siling LED tidak digunakan untuk
tempoh yang lama. Apabila lampu menyala, jangan melihat
cahaya untuk masa yang lama.
Boleh menyebabkan ketidakselesaan pada mata.
3
1/26/2017 4:15:36 PM
1/26/2017 4:15:36 PM

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

F-m12gx vbrqhF-m12gx vbhqh

Table of Contents