Download Print this page

Bosch MSM64...GB seriesMSM66...GB series Instruction Manual page 7

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

ms
Pengendalian mengikut peraturan
Pengendalian mengikut peraturan
Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan
simpan! Sertakan arahan ini semasa penyerahan alat.
Ketidakpatuhan terhadap arahan bagi penggunaan perkakas 
dengan betul akan mengecualikan pengeluar dari liabiliti kerosakan 
yang berlaku. Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut 
spesifikasi pada plat kadaran.
Penggunaan perkakas untuk memproses kuantiti makanan yang 
biasa untuk kegunaan domestik. Perkakas ini direka bentuk untuk 
memproses kuantiti isi rumah biasa di rumah atau kuantiti yang 
serupa dalam penggunaan bukan perindustrian. Penggunaan bukan 
perindustrian termasuklah umpamanya penggunaan dalam dapur 
pekerja di kedai, pejabat, pertanian dan perniagaan komersial yang 
lain, dan juga digunakan oleh tetamu di rumah penginapan, hotel 
kecil dan tempat kediaman yang serupa. 
Perkakas ini hanya sesuai untuk memotong kecil dan 
mencampurkan bahan makanan. Ia tidak boleh digunakan untuk 
memproses objek atau bahan yang lain. Gunakan perkakas ini 
hanya dengan bahagian dan alat ganti yang tulen. 
Sentiasa cabut palam perkakas dari bekalan jika ia ditinggalkan 
tanpa dijaga dan sebelum memasang, menyahpasang atau 
membersihkannya. Pengesyoran: Jangan hidupkan perkakas untuk 
jangka waktu yang lebih lama daripada yang diperlukan untuk 
penyediaan bahan campuran.
Gunakan perkakas ini hanya di dalam bangunan pada suhu bilik 
dan ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut. Jangan letak 
perkakas di atas atau berdekatan dengan permukaan panas, seperti 
plat panas. Bekas pengadun tidak sesuai digunakan di dalam 
ketuhar gelombang mikro.
Perkakas ini boleh digunakan oleh orang dengan kekurangan 
keupayaan fizikal, deria atau metal, atau kekurangan pengalaman 
dan/atau pengetahuan dibawah selian atau telah dilatih mengikut 
keselamatan pengendalian peralatan ini dan memahami kesan 
bahayanya. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada perkakas 
dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan mengendalikan 
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan bermain dengan 
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mencuci atau 
menyelenggara perkakas ini.
7

Advertisement

loading