Download Print this page

Makita GA4030 Instruction Manual page 32

Hide thumbs Also See for GA4030:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Untuk memulakan alat, luncur tuil suis ke arah posisi
"I (ON)". Untuk operasi yang berterusan, tekan
bahagian depan tuil suis untuk menguncinya.
Untuk menghentikan alat, tekan bahagian belakang tuil
suis, kemudian luncur ia ke arah posisi "O (OFF)".
PEMASANGAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menjalankan apa-apa kerja
pada alat.
Memasang genggaman sisi
(pemegang)
► Rajah3
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan genggaman sisi dipasang
dengan kukuh sebelum operasi.
Skru genggaman sisi dengan kukuh pada kedudukan
alat seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
Memasang atau menanggalkan
pengadang roda (Untuk roda tengah
lekuk, berbilang cakera / roda
pemotongan pelelas, roda intan)
Untuk alat dengan pengadang roda
jenis skru mengunci
► Rajah4: 1. Pengadang roda 2. Skru 3. Kotak galas
AMARAN:
Apabila menggunakan roda pengisaran
tengah lekuk/berbilang cakera, roda lentur,
berus roda wayar, roda pemotong atau roda
intan, pengadang roda mesti dipasang pada
alat supaya sisi tertutup pengadang sentiasa
menghala ke arah pengendali.
Apabila menggunakan roda intan / pemotong
lelas, pastikan anda menggunakan hanya
pengadang roda khas yang direka untuk
kegunaan dengan roda pemotong. (Di negara
Eropah, apabila menggunakan roda intan,
pengadang biasa boleh digunakan.)
Lekapkan pengadang roda dengan bonjolan pada jalur
pengadang roda dijajarkan dengan takuk pada kotak
galas. Kemudian putarkan pengadang roda kepada
sudut tertentu sehingga ia boleh melindungi pengendali
mengikut kerja. Pastikan anda mengetatkan skru
dengan kemas.
Untuk menanggalkan pengadang roda, ikut prosedur
pemasangan secara terbalik.
Untuk alat dengan pengadang roda
jenis tuil pengapit
► Rajah5: 1. Pengadang roda 2. Kotak galas 3. Skru
4. Tuil
► Rajah6: 1. Skru 2. Tuil
Longgarkan tuil pada pengadang roda selepas
melonggarkan skru. Lekapkan pengadang roda dengan
bonjolan pada jalur pengadang roda dijajarkan dengan
takuk pada kotak galas. Kemudian putarkan pengadang
roda ke kedudukan yang ditunjukkan dalam rajah.
Ketatkan tuil untuk mengetatkan pengadang roda. Jika
tuil terlalu ketat atau terlalu longgar untuk mengikat
pengadang roda, longgarkan atau ketatkan skru untuk
melaraskan pengetatan jalur pengadang roda.
Untuk menanggalkan pengadang roda, ikut prosedur
pemasangan secara terbalik.
Memasang atau menanggalkan roda
pengisaran tengah lekuk/Berbilang
cekera
► Rajah7: 1. Nat kunci 2. Roda pengisaran tengah
lekuk/Berbilang cekera 3. Bebibir dalaman
AMARAN:
Sentiasa gunakan pengadang yang dibekalkan
apabila roda pengisaran tengah lekuk/Berbilang
cekera berada pada alat. Roda boleh berkecai
semasa digunakan dan pengadang membantu
mengurangkan kemungkinan berlaku
kecederaan diri.
Lekapkan bebibir dalaman kepada spindel. Sesuaikan
roda/cakera pada bebibir dalaman dan skru nat kunci
kepada spindel.
Untuk mengetatkan nat kunci, tekan kunci aci dengan
kukuh supaya spindel tidak dapat berputar, kemudian
gunakan perengkuh nat kunci dan ketatkan mengikut
arah jam dengan kemas.
► Rajah8: 1. Perengkuh nat kunci 2. Kunci aci
Untuk menanggalkan roda, ikut prosedur pemasangan
secara terbalik.
AMARAN:
Hanya gerakkan kunci aci apabila
spindel tidak bergerak.
32 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Ga4530Ga5030