Pelupusan; Jaminan - Siemens MR008 GB Series Instruction Manual

Hide thumbs Also See for MR008 GB Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

MR-GB_ms-zh-en-ar.book Seite 7 Donnerstag, 5. Februar 2015 9:00 09
Sup sayur-sayuran
Bahan-bahan
1 biji lobak merah dan sepotong kecil saderi,
daun bawang kucai, courgette, kubis bunga
atau jenis sayur-sayuran yang lain, 1 biji
kentang rebus bersaiz sederhana,
¾ l stok daging, parsli, kemangi (jika perlu),
garam, lada hitam, 100 g krim manis,
1 kuning telur
Alat: Bilah
Persediaan
Sediakan, basuh dan potong sayur-
sayuran menjadi potongan yang besar.
Didihkan stok daging dan sayur-sayuran.
Tuangkan sup dan sayur-sayuran yang
telah mendidih ke dalam jag dan purikan.
Tuangkan semula sup yang dipurikan ke
dalam kuali dan perasakan dengan
herba, garam dan lada.
Campurkan kuning telur dan krim manis
dan kacau ke dalam sup.
Jangan biarkan mendidih lagi.
Susu kocak
Bahan-bahan
300 ml susu sejuk, 100 g strawberi atau
buah-buahan lain, beberapa titik esen vanila
+ 1 s. besar gula, 2–3 s. besar aiskrim vanila
Alat: Bilah
Persediaan
Masukkan semua bahan di dalam jag dan
adun selama lebih kurang 30 saat.
Hidangkan segera.
Kuah salad
Bahan-bahan
200 g krim masam, 200 g yogurt, 3 ulas
bawang putih, 2–3 s. besar sos tomato,
secubit garam, gula, 3–6 s. besar cuka
Alat: Bilah
Persediaan
Masukkan semua bahan di dalam jag dan
adun selama lebih kurang 20 saat.
Mayonis
Bahan-bahan
1 biji telur, 1 s. besar biji sawi, 1 s. besar
cuka, garam, lada, 100 ml minyak dan 150 ml
minyak lagi
Alat: Bilah
Persediaan
Semua bahan mestilah sama suhunya.
Masukkan bahan dan 100 ml minyak
di dalam jag dan adun selama lebih
kurang 20 saat.
Tambah 150 ml minyak dan adun
lagi selama 30–45 saat.
Mentega madu
Bahan-bahan untuk jag kecil (MR008..)
30 g mentega (dari peti sejuk)
100 g madu (dari peti sejuk)
Bahan-bahan untuk jag besar (MR015..)
50 g mentega (dari peti sejuk)
150 g madu (dari peti sejuk)
Alat: Bilah
Persediaan
Potong mentega menjadi potongan
yang kecil.
Masukkan mentega dan madu
di dalam jag dan adun selama
lebih kurang 10 saat.

Pelupusan

Perkakas ini telah dikenal pasti
selaras dengan arahan Eropah
2012/19/EG bagi Sisa Kelengkapan
Elektrik dan Elektronik (Waste
Electrical and Electronic Equipment –
WEEE).
Arahan ini membuka jalan bagi penarikan
balik dan penggunaan seluruh EU yang
berkesan untuk peralatan sisa.
Sila bertanya wakil penjual anda atau pihak
berkuasa tempatan anda tentang cara-cara
pelupusan semasa.

Jaminan

Syarat-syarat jaminan untuk perkakas ini
adalah seperti yang ditakrifkan oleh wakil
kami di negara tempat ia dijual. Butir-butir
tentang syarat-syarat ini boleh didapati
daripada wakil penjual tempat perkakas
dibeli.
Bil jualan atau resit mestilah ditunjukkan
apabila anda hendak membuat apa-apa
tuntutan di bawah terma-terma jaminan ini.
Tertakluk pada pindaan.
ms
7

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Mr015 gb series

Table of Contents