Makita 6411 Instruction Manual page 20

Hide thumbs Also See for 6411:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
KETERANGAN FUNGSI
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat
dimatikan dan dicabut sebelum menyelaras atau
menyemak fungsi pada alat.
Tindakan suis
AMARAN:
Sebelum memasang alat, sentiasa
periksa untuk melihat pemicu suis bergerak
dengan betul dan kembali ke posisi "OFF" apabila
dilepaskan.
► Rajah1: 1. Pemicu suis 2. Butang kunci
Untuk model 6411
Untuk memulakan alat, hanya tarik pemicu suis.
Lepaskan pemicu suis untuk berhenti.
Untuk operasi berterusan, tarik pemicu suis, tekan
butang kunci dan kemudian lepaskan pemicu suis.
Untuk menghentikan alat dari kedudukan terkunci, tarik
pemicu suis sepenuhnya, kemudian lepaskan.
Untuk model 6412, 6413
Untuk memulakan alat, hanya tarik pemicu suis.
Kelajuan alat ditingkatkan dengan menambah tekanan
pada pemicu suis. Lepaskan pemicu suis untuk
berhenti.
Untuk operasi berterusan, tarik pemicu suis, tekan
butang kunci dan kemudian lepaskan pemicu suis.
Untuk menghentikan alat dari kedudukan terkunci, tarik
pemicu suis sepenuhnya, kemudian lepaskan.
Tindakan suis pembalik
Untuk model 6412, 6413
PERHATIAN:
Sentiasa periksa arah putaran
sebelum operasi.
PERHATIAN:
Gunakan suis pembalik hanya
selepas alat berhenti sepenuhnya. Menukar arah
putaran sebelum alat berhenti boleh merosakkan alat.
► Rajah2: 1. Tuil suis pembalik
Alat ini mempunyai suis pembalik untuk mengubah arah
putaran. Ubah tuil suis pembalik ke kedudukan
A) untuk putaran arah jam atau pada kedudukan
B) untuk putaran arah lawan jam.
PEMASANGAN
Memasang atau menanggalkan bit
gerudi
PERHATIAN:
dimatikan dan palamnya dicabut sebelum
memasang atau mengeluarkan bit gerudi.
Untuk model 6411, 6412
► Rajah3: 1. Cuk gerudi 2. Kekunci cuk
Untuk memasang bit gerudi, letakkannya di dalam
cuk gerudi setakat ia boleh dimasukkan. Ketatkan cuk
menggunakan tangan. Letakkan kekunci cuk dalam
setiap tiga lubang dan ketatkan mengikut arah jam.
Pastikan untuk mengetatkan kesemua tiga lubang cuk
sama rata.
Untuk mengeluarkan bit gerudi, putar kekunci cuk pada
arah lawan jam pada hanya satu lubang, kemudian
longgarkan cuk dengan tangan.
Untuk Model 6413
► Rajah4: 1. Lengan 2. Gelang
Pegang gelang dan putarkan lengan arah lawan jam
untuk membuka rahang cuk. Letakkan bit gerudi di
dalam cuk setakat ia boleh dimasukkan. Pegang gelang
dan putarkan lengan arah jam untuk mengetatkan cuk.
Untuk menanggalkan bit gerudi, pegang gelang dan
putarkan lengan arah lawan jam.
OPERASI
Memegang alat
► Rajah5
Sentiasa pegang alat hanya pada pemegang semasa
melakukan operasi. Jangan sentuh bahagian logam.
Operasi gerudi
PERHATIAN:
tidak akan mempercepatkan penggerudian.Malah,
(sisi
tekanan yang berlebihan ini hanya akan merosakkan
(sisi
hujung bit gerudi anda, mengurangkan prestasi alat
dan memendekkan tempoh hayat perkhidmatan alat.
PERHATIAN:
dan beri perhatian apabila bit gerudi mula
memecahkan bahan kerja.Terdapat kekuatan besar
yang dikenakan pada alat/bit gerudi pada masa
lubang dibolosi.
PERHATIAN:
kerja menggunakan peranti penekan atau peranti
yang serupa.
20 BAHASA MELAYU
Sentiasa pastikan alat
Menekan alat secara berlebihan
Pegang alat dengan kukuh
Sentiasa selamatkan bahan

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

64126413

Table of Contents