Makita DSL801 Instruction Manual page 51

Cordless drywall sander
Hide thumbs Also See for DSL801:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Amaran keselamatan pelelas
dinding kering tanpa kord
Amaran Keselamatan Umum untuk Operasi
Pengempelasan:
Alat kuasa ini bertujuan untuk berfungsi
1.
sebagai pelelas. Baca semua amaran
keselamatan, arahan, ilustrasi dan spesifikasi
yang disediakan dengan alat kuasa ini.
Kegagalan mengikuti semua arahan yang
disenaraikan di bawah boleh menyebabkan
kejutan elektrik, kebakaran dan/atau kecederaan
serius.
2.
Operasi seperti pengisaran, pemberusan
wayar, penggilapan atau pemotongan tidak
disyorkan untuk dilakukan dengan alat kuasa
ini. Operasi yang tidak direka bentuk untuk
alat kuasa ini boleh menyebabkan bahaya dan
kecederaan diri.
3.
Jangan gunakan aksesori yang tidak direka
secara khusus dan disyorkan oleh pengilang
alat. Hanya kerana aksesori boleh dipasang pada
alat kuasa anda, itu tidak menjamin operasi yang
selamat.
4.
Kelajuan kadaran aksesori mesti sekurang-
kurangnya sama seperti kelajuan maksimum
yang ditandakan pada alat kuasa. Aksesori
yang beroperasi lebih laju daripada kelajuan
kadarannya boleh pecah dan berkecai.
5.
Diameter luar dan ketebalan aksesori anda
mesti dalam perkadaran kapasiti alat kuasa
anda. Aksesori dengan saiz yang tidak betul tidak
boleh dijaga atau dikawal dengan secukupnya.
Jangan gunakan aksesori yang rosak.
6.
Sebelum setiap penggunaan, periksa aksesori
seperti pad untuk mengesan retakan, lusuh
atau haus berlebihan. Jika alat kuasa atau
aksesori terjatuh, periksa untuk mengesan
kerosakan atau pasang aksesori yang tidak
rosak. Selepas pemeriksaan dan pemasangan
aksesori, jauhkan diri anda dan orang ramai
daripada satah aksesori yang berputar dan
jalankan alat kuasa pada kelajuan tanpa beban
maksimum selama seminit. Aksesori yang rosak
biasanya akan pecah berderai sepanjang tempoh
ujian ini.
7.
Pakai peralatan pelindung diri. Bergantung
kepada penggunaan, gunakan pelindung
muka, gogal keselamatan atau cermin mata
keselamatan. Sebagaimana yang sesuai,
pakai topeng habuk, pelindung pendengaran,
sarung tangan dan apron bengkel yang
mampu menghalang serpihan pelelas atau
bahan kerja yang kecil. Pengadang mata mesti
mampu menghalang serpihan yang terbang yang
dihasilkan oleh pelbagai operasi. Topeng habuk
atau alat pernafasan mesti mampu menapis zarah
yang dihasilkan oleh operasi anda. Pendedahan
yang berlanjutan kepada hingar dengan
keamatan yang tinggi boleh menyebabkan hilang
pendengaran.
8.
Pastikan orang ramai berada pada jarak yang
selamat dari kawasan kerja. Sesiapa sahaja
yang memasuki kawasan kerja mesti memakai
peralatan pelindung diri. Serpihan bahan kerja
atau aksesori yang pecah mungkin berterbangan
dan menyebabkan kecederaan di luar kawasan
operasi terdekat.
Pegang alat kuasa dengan permukaan
9.
mencengkam tertebat sahaja apabila
melakukan operasi di mana alat pemotong
boleh tersentuh wayar tersembunyi. Tersentuh
wayar "hidup" mungkin juga menyebabkan
bahagian logam terdedah alat kuasa "hidup"
dan boleh memberi kejutan elektrik kepada
pengendali.
10. Jauhkan kord daripada aksesori yang
berputar. Jika anda hilang kawalan, kord boleh
terpotong atau tersangkut dan tangan atau lengan
anda boleh tertarik ke dalam aksesori yang
berputar.
11.
Jangan sekali-kali meletakkan alat kuasa
ke bawah sehingga aksesori telah berhenti
sepenuhnya. Aksesori yang berputar boleh
menyambar permukaan dan menarik alat kuasa
daripada kawalan anda.
12. Jangan jalankan alat kuasa ketika
membawanya di sisi anda. Sentuhan secara
tidak sengaja dengan aksesori yang berputar
boleh menyebabkan pakaian anda tersangkut dan
menarik aksesori ke badan anda.
13. Jangan kendalikan alat kuasa berhampiran
bahan mudah terbakar. Percikan boleh
menyalakan bahan ini.
14. Jangan gunakan aksesori yang memerlukan
bahan pendingin cecair. Penggunaan air
atau bahan pendingin cecair yang lain boleh
menyebabkan renjatan elektrik.
Tolak keluar dan Amaran Berkaitan
Tolak keluar ialah tindak balas secara tiba-tiba kepada
pad berputar atau mana-mana aksesori lain yang
tersepit atau tersangkut. Tersepit atau tersangkut
menyebabkan aksesori berputar berhenti secara tiba-
tiba dan menyebabkan alat kuasa yang tidak dapat
dikawal dipaksa bergerak ke arah bertentangan dengan
putaran aksesori ketika tersangkut.
Sebagai contoh, jika pad tersangkut atau tersepit
pada bahan kerja, bahagian tepi pad yang memasuki
titik sepitan boleh menekan dalam permukaan bahan
menyebabkan pad ternaik atau terkeluar. Pad mungkin
sama ada melantun ke arah atau menjauhi pengendali,
bergantung pada arah pergerakan pad ketika aksesori
tersepit. Pad mungkin juga pecah di bawah keadaan ini.
Tolak keluar adalah akibat daripada penyalahgunaan
alat kuasa dan/atau prosedur atau keadaan operasi
yang tidak betul dan boleh dielakkan dengan
mengambil langkah berjaga-jaga yang betul seperti
yang diberikan di bawah.
51 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents