Makita HM1201 Instruction Manual page 18

Hide thumbs Also See for HM1201:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Pelinciran
Alat ini tidak memerlukan pelinciran setiap jam atau setiap
hari kerana ia mempunyai sistem pelinciran terpadat gris.
Ia perlu disapu pelincir semula selepas setiap 6 bulan
dioperasikan. Hantar alat yang lengkap ke Pusat Servis
Makita yang Diiktiraf atau Pusat Servis Kilang untuk
perkhidmatan pelinciran ini. Walau bagaimanapun, jika
berlaku sebarang situasi apabila anda perlu menyapu
pelincir sendiri, lakukan seperti berikut.
Jalankan alat selama beberapa minit bagi
memanaskannya. Padam dan cabut palam alat.
Keluarkan penutup engkol menggunakan perengkuh nat
kunci 35 Makita (aksesori pilihan). Rehatkan alat di atas
meja dengan hujung bit menghadap ke atas. Ini akan
membenarkan gris yang lama berkumpul di dalam
perumah engkol. (Raj. 8)
Lap gris yang lama dan gantikan dengan gris baharu
(30 g; 1 auns). Gunakan hanya gris tukul Makita yang
tulen (aksesori pilihan). Mengisi gris lebih daripada jumlah
yang ditentukan (lebih kurang 30 g; 1 auns) boleh
menyebabkan kegagalan tindakan menukul atau
kegagalan alat. Isi hanya dengan jumlah gris yang
ditentukan. (Raj. 9)
Pasang semula penutup engkol dan ketatkan dengan
perengkuh nat kunci.
AWAS:
• Jangan pasang penutup engkol terlampau ketat. Ia
diperbuat daripada resin dan mudah pecah.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, sebarang
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Pusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
AKSESORI
AWAS:
• Aksesori atau alat tambahan ini adalah disyorkan untuk
digunakan dengan alat Makita anda yang dinyatakan
dalam manual ini. Penggunaan mana-mana aksesori
atau alat tambahan lain mungkin mengakibatkan risiko
kecederaan kepada orang. Hanya gunakan aksesori
atau alat tambahan untuk tujuan yang dinyatakannya.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan untuk
maklumat lebih lanjut mengenai aksesori ini, tanya Pusat
Perkhidmatan Makita tempatan anda.
• Mata bull
• Pahat sejuk
• Pahat penskalaan
• Penceduk lempung
• Pahat pelurahan
• Pelantak
• Alat Pemberus
• Perengkuh nat kunci 35
• Kunci allen
• Gogal keselamatan
• Gris tukul
18

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents