Aiwa AW-LED40X6FL Operation Manual page 37

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Amaran
AMARAN DAN PERINGATAN PENTING!
Tenaga elektrik boleh melakukan banyak fungsi berguna, tetapi ia juga boleh
menyebabkan kecederaan diri dan kerosakan harta jika dikendalikan dengan
salah. Produk ini telah dibina dan dikilang dengan keutamaan tertinggi dalam
keselamatan. TETAPI PENGGUNAAN SALAH BOLEH MENGAKIBATKAN
KEMUNGKINAN KEJUTAN ELEKTRIK ATAU BAHAYA KEBAKARAN. Untuk
mengelakkan kemungkinan bahaya, sila patuhi arahan berikut apabila
memasang, mengendalikan dan membersihkan produk.
1.
Alat tambahan---Hanya gunakan alat tambahan/aksesori yang ditetapkan oleh
pengilang. Jangan gunakan alat tambahan yang tidak disyorkan oleh pengilang.
Penggunaan alat tambahan yang salah boleh mengakibatkan kemalangan.
2.
Air---Untuk mengurangkan risiko kebakaran atau kejutan elektrik, jangan dedahkan
alat ini kepada hujan atau kelembapan. Alat ini tidak boleh terdedah kepada titisan atau
percikan dan objek yang berisi cecair, seperti pasu, tidak boleh diletakkan di atas alat.
3.
Kebakaran atau letupan---Jangan gunakan atau simpan bahan mudah bakar atau
boleh bakar berhampiran unit. Melakukannya mungkin mengakibatkan kebakaran atau
letupan. Jangan letakkan apa-apa sumber nyalaan terdedah, seperti lilin menyala,
rokok atau colok di atas peti TV.
Amaran: Untuk mengelakkan api merebak, jauhkan lilin atau nyalaan terdedah yang
lain dari produk ini setiap masa.
4.
Ventilasi---Apabila anda memasang TV anda, kekalkan jarak sekurang-kurangnya 4
inci di antara TV dan objek lain (dinding, sisi kabinet, dll.) untuk memastikan ventilasi
yang betul. Kegagalan untuk mengekalkan ventilasi yang betul mungkin
mengakibatkan kebakaran atau masalah dengan produk yang disebabkan oleh
kenaikan suhu dalamannya.
5.
Peralatan ini merupakan Kelas
bentuk sedemikian rupa supaya ia tidak memerlukan sambungan keselamatan ke bumi
elektrik.
6.
Sumber kuasa---Produk ini bertujuan untuk dibekalkan oleh bekalan kuasa tersenarai
yang ditunjukkan pada label penanda. Jika anda tidak pasti akan jenis bekalan kuasa
ke rumah anda, rujuk kepada wakil penjual produk atau syarikat bekalan kuasa
tempatan anda.
7.
Beban lebih---Jangan mengenakan beban lebih ke atas alur keluar dinding, kabel
pemanjangan, atau bekas mudah pada peralatan lain kerana ini boleh mengakibatkan
risiko kebakaran atau kejutan elektrik.
8.
Voltan---Sebelum memasang peti TV ini, pastikan voltan alur keluar anda berpadanan
dengan voltan yang dinyatakan pada label penarafan alat.
9.
Palam kuasa---Jangan menggagalkan tujuan keselamatan palam jenis terkutub atau
pembumian. Kebanyakan alat mengesyorkan supaya ia ditempatkan pada litar tertuju
khas; iaitu suatu litar alur keluar tunggal yang hanya membekalkan kuasa kepada alat
itu dan tidak mempunyai alur keluar tambahan atau litar cawangan.
10. Palam SESALUR alat digunakan sebagai peranti pemutusan, peranti pemutusan
hendaklah tetap boleh dikendalikan dengan mudah.
atau alat el
ektrik ditebat dua kali. Ia telah direka
2

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents