Download Print this page

Makita HR2470 Instruction Manual page 29

Hide thumbs Also See for HR2470:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bebuli hembus keluar (aksesori
pilihan)
► Rajah18: 1. Bebuli hembus keluar
Selepas menggerudi lubang, gunakan bebuli hembus
keluar untuk membersihkan habuk keluar daripada
lubang.
Menyerpih/Menskala/Meroboh
► Rajah19
Tetapkan tombol penukar mod tindakan ke simbol
Pegang alat dengan kuat menggunakan kedua-
dua tangan. Hidupkan alat dan beri sedikit tekanan
pada alat supaya alat tidak akan melantun dan tidak
terkawal. Menekan alat dengan sangat kuat tidak akan
menambah kecekapan.
Penggerudian pada kayu atau logam
► Rajah20: 1. Penyesuai cuk 2. Cuk gerudi tanpa
kunci
► Rajah21: 1. Cuk tukar cepat untuk SDS-plus
2. Garisan penutup tukar 3. Penutup tukar
► Rajah22: 1. Spindel 2. Cuk gerudi tukar cepat
3. Garisan penutup tukar 4. Penutup tukar
► Rajah23: 1. Lengan 2. Gelang 3. Cuk gerudi tukar
cepat
Untuk model HR2470/HR2470F
Gunakan pemasangan cuk gerudi pilihan. Apabila
memasangnya, rujuk "Memasang atau menanggalkan
bit" yang dihuraikan pada halaman sebelumnya.
Untuk model HR2470T/HR2470FT
Gunakan cuk gerudi tukar cepat sebagai peralatan
standard. Apabila memasangnya, rujuk "menukar cuk
tukar cepat untuk SDS-plus." yang dihuraikan pada
halaman sebelumnya.
Pegang gelang dan putarkan lengan arah lawan jam
untuk membuka rahang cuk. Letakkan bit di dalam
cuk setakat ia boleh dimasukkan. Pegang gelang dan
putarkan lengan arah jam untuk mengetatkan cuk.
Untuk menanggalkan bit, pegang gelang dan putarkan
lengan arah lawan jam.
Tetapkan tombol penukar mod tindakan ke simbol
Anda boleh menggerudi sehingga 13 mm diameter
pada logam dan sehingga 32 mm diameter pada kayu.
PERHATIAN:
Jangan sekali-kali menggunakan "putaran
dengan menukul" apabila cuk gerudi tukar cepat
dipasang pada alat. Cuk gerudi tukar cepat
mungkin rosak.
Selain itu, cuk gerudi akan terkeluar apabila
membalikkan alat.
Menekan alat secara berlebihan tidak akan
mempercepatkan penggerudian. Malah,
tekanan yang berlebihan ini hanya akan
merosakkan hujung bit anda, mengurangkan
.
prestasi alat dan memendekkan tempoh hayat
perkhidmatan alat.
Terdapat kekuatan putaran besar yang
dikenakan pada alat/bit pada masa lubang
dibolosi. Pegang alat dengan kukuh dan beri
perhatian apabila bit mula menembusi bahan
kerja.
Bit yang tersangkut boleh dialih keluar hanya
dengan menetapkan suis pembalik kepada
putaran terbalik supaya ia dapat dialih keluar.
Walau bagaimanapun, alat mungkin terkeluar
secara tiba-tiba jika anda tidak memegangnya
dengan kukuh.
Sentiasa menambat bahan kerja yang kecil
menggunakan peranti penekan atau peranti
yang serupa.
Penggerudian teras intan
Apabila melakukan operasi penggerudian teras
intan, sentiasa tetapkan tuil ubah ke posisi
menggunakan tindakan "putaran sahaja".
PERHATIAN:
Jika menjalankan operasi penggerudian teras
intan menggunakan tindakan "putaran dengan
menukul", bit teras intan mungkin rosak.
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan
.
palamnya dicabut sebelum cuba menjalankan
pemeriksaan atau penyelenggaraan.
Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan,
pemeriksaan dan penggantian berus karbon, apa-apa
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Pusat Servis Makita yang Diiktiraf, sentiasa
gunakan alat ganti Makita.
29 BAHASA MELAYU
untuk

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hr2470fHr2470ftHr2470t