Philips BDP2285 User Manual page 8

Hide thumbs Also See for BDP2285:
Table of Contents

Advertisement

Simbol peralatan kelas II:
Simbol ini menunjukkan bahawa produk ini
mempunyai sistem pengasingan berganda.
CLASS 1
LASER PRODUCT
Amaran kesihatan bagi 3D
Jika anda atau keluarga anda mempunyai
sejarah mengalami epilepsi atau sawan
fotosensitif, jumpalah doktor sebelum
mendedahkan diri anda kepada sumber
cahaya berkelip, jujukan imej deras atau
tontonan 3D.
Untuk mengelakkan ketidakselesaan seperti
pening, sakit kepala atau disorientasi, kami
mengesyorkan agar anda tidak menonton
3D dalam tempoh masa yang panjang. Jika
anda mengalami sebarang ketidakselesaan,
hentikan menonton 3D dan jangan dengan
serta merta melakukan perkara yang
mungkin berbahaya (seperti memandu
kereta) sehingga gejala telah hilang.
Jika gejala berterusan, jangan teruskan
menonton 3D tanpa merujuk kepada
doktor terlebih dahulu.
Ibu bapa hendaklah mengawasi anak
mereka ketika menonton 3D dan
memastikan mereka tidak mengalami
ketidakselesaan seperti yang disebutkan di
atas. Menonton 3D tidak disyorkan bagi
kanak-kanak di bawah umur 6 tahun kerana
sistem penglihatan mereka masih belum
lagi berkembang dengan sempurna.
8
Jagaan produk anda
Jangan letakkan sebarang objek selain
daripada cakera ke dalam petak cakera.
Jangan masukkan cakera yang meleding
atau merekah ke dalam petak cakera.
Keluarkan cakera daripada petak cakera
jika anda tidak menggunakan produk untuk
tempoh masa yang lama.
Hanya gunakan kain mikrogentian untuk
membersihkan produk.
Jagaan alam sekitar
Produk anda direka bentuk dan dikilangkan
dengan menggunakan bahan dan komponen
yang berkualiti tinggi, yang boleh dikitar semula
dan digunakan semula.
Jangan buang produk anda dengan buangan
isi rumah yang lain. Sila ambil tahu tentang
peraturan tempatan mengenai pengumpulan
berasingan produk elektrik dan elektronik dan
bateri. Pembuangan produk ini dengan cara yang
betul akan membantu mencegah kemungkinan
akibat negatif terhadap alam sekitar dan
kesihatan manusia.
Produk anda mengandungi bateri, yang tidak
boleh dibuang bersama buangan isi rumah yang
biasa.
Sila ambil tahu tentang peraturan tempatan
mengenai pengumpulan berasingan bateri. Cara
membuang bateri yang betul akan membantu
mencegah kemungkinan akibat negatif terhadap
alam sekitar dan kesihatan manusia.
Sila lawati www.recycle.philips.com untuk
maklumat tambahan mengenai pusat kitaran
semula di kawasan anda.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents