Hak Cipta - Philips BDP2285 User Manual

Hide thumbs Also See for BDP2285:
Table of Contents

Advertisement

Hak cipta

Produk ini mengandungi teknologi perlindungan
hak cipta yang dilindungi oleh paten A.S.
dan hak harta intelek lain Rovi Corporation.
Kejuruteraan undur dan penyahhimpunan
adalah dilarang.
Produk ini termasuk teknologi proprietari
dengan kebenaran daripada Verance
Corporation dan dilindungi oleh Paten AS
7,369,677 dan paten seluruh dunia lain yang
telah dikeluarkan dan yang belum selesai, di
samping perlindungan hak cipta dan rahsia
dagangan bagi aspek tertentu teknologi
tersebut. Cinavia adalah tanda dagangan Verance
Corporation. Hak Cipta 2004-2013 Verance
Corporation. Semua hak terpelihara bagi
Verance. Kejuruteraan balikan atau pembukaan
pemasangan adalah dilarang.
Notis Cinavia
Produk ini menggunakan teknologi Cinavia
untuk mengehadkan penggunaan salinan
tanpa izin beberapa filem dan video serta trek
bunyinya yang diterbitkan secara dagangan.
Apabila penggunaan salinan yang dilarang
dikesan, mesej akan dipaparkan dan main
semula atau penyalinan akan terganggu.
Maklumat lanjut mengenai teknologi Cinavia
ada disediakan oleh Pusat Maklumat Pengguna
Cinavia Dalam Talian di http://www.cinavia.com.
Untuk memohon maklumat tambahan
mengenai Cinavia melalui pos, hantarkan poskad
berserta alamat pos anda ke: Cinavia Consumer
Information Center, P.O. Box 86851, San Diego,
CA, 92138, USA.
Perisian sumber terbuka
Philips Electronics Hong Kong Ltd. dengan ini
menawarkan untuk menghantar, apabila diminta,
salinan kod sumber lengkap yang sepadan bagi
pakej perisian sumber terbuka berhak cipta
yang digunakan dalam produk ini yang baginya
tawaran seumpama ini diminta oleh lesen yang
berkaitan.
Tawaran ini sah sehingga tiga tahun selepas
pembelian produk kepada sesiapa sahaja yang
menerima maklumat ini. Untuk mendapatkan
kod sumber, sila hubungi open.source@
philips.com. Jika anda lebih suka untuk tidak
menggunakan e-mel atau jika anda tidak
menerima pengesahan penerimaan dalam
masa seminggu selepas menulis ke alamat
e-mel ini, sila hantar surat kepada "Open
Source Team, Philips Intellectual Property &
Standards, P.O. Box 220, 5600 AE Eindhoven,
The Netherlands. " Jika anda tidak menerima
pengesahan penerimaan surat anda pada masa
yang sepatutnya, sila hantar e-mel ke alamat
e-mel di atas.
9

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents