Garis Panduan Untuk Penggunaan Selamat Dan Efisien - LG GS500v User Manual

Hide thumbs Also See for GS500v:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 89
Garis panduan untuk penggunaan selamat
dan efisien
Sila baca garis panduan yang mudah
ini. Tidak mengikut garis panduan
ini mungkin merbahaya atau tidak
sah. Maklumat terperinci lanjut diberi
dalam manual ini.
Amaran
Demi keselamatan anda, gunakan
HANYA bateri dan pengecas ASAL.
Matikan telefon dalam sebarang
kawasan di mana diperlukan oleh
peruntukan khusus, cth. di dalam
hospital di mana ia memberi kesan
kepada peralatan perubatan.
Bateri perlu dilupuskan mengikut
undang-undang relevan.
Penjagaan dan
penyelenggaraan produk
AMARAN! Hanya gunakan bateri,
pengecas dan aksesori yang
diluluskan untuk digunakan
bersama model tertentu telefon ini.
Penggunaan sebarang jenis lain boleh
mentaksahkan sebarang kelulusan
atau waranti yang berkaitan dengan
telefon, dan mungkin berbahaya.
Jangan buka bahagian-bahagian
unit ini. Bawanya ke juruteknik
perkhidmatan yang kelayakan
apabila kerja pembaikan diperlukan.
Unit ini hendaklah dijauhkan
daripada sumber haba seperti
radiator atau dapur.
Gunakan kain yang kering untuk
membersihkan bahagian luaran
unit. (Jangan gunakan sebarang
pelarut.)
Jangan simpan telefon di sebelah
kad kredit atau tiket pengangkutan;
ia boleh menjejaskan maklumat
pada jalur magnetik.
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin
mendapat gangguan, yang boleh
menjejaskan prestasi.
Jangan gunakan telefon mudah alih
anda berhampiran kelengkapan
perubatan tanpa meminta
kebenaran. Elakkan meletakkan
telefon pada perentak jantung, cth.
dalam poket dada anda.
21

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents