LG GT350i User Manual page 73

Hide thumbs Also See for GT350i:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 187
Apabila kenderaan anda dilengkapi
dengan beg udara, jangan halang
dengan peralatan wayarles yang
dipasang atau mudah alih. Ia boleh
menyebabkan beg udara gagal atau
menyebabkan kecederaan serius
kerana prestasi yang tidak sesuai.
Jika anda mendengar muzik ketika
bergerak dan berjalan, sila pastikan
kelantangannya berada pada paras
yang berpatutan agar anda sedar
akan keadaan di sekeliling anda.
Ini amat perlu jika anda berada
berdekatan jalan.
Elakkan kerosakan pada
pendengaran anda
Kerosakan pada telinga anda boleh
berlaku jika anda terdedah dengan
kuat kepada bunyi untuk masa yang
lama. Oleh itu kami mensarankan
agar anda tidak menghidupkan atau
mematikan telefon dekat dengan
telinga. Kami juga mensarankan agar
kelantangan muzik dan panggilan
ditetapkan pada tahap yang
berpatutan.
Bahagian Kaca
Sesetengah bahagian peranti mudah
alih anda dibuat daripada kaca. Kaca
ini boleh pecah jika peranti mudah
alih anda terjatuh pada permukaan
keras atau menerima kesan yang
teruk. Jika gelas pecah, jangan sentuh
atau cuba untuk keluarkan. Berhenti
menggunakan peranti mudah alih
sehingga kaca digantikan oleh
pembekal khidmat yang disahkan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana
hingar di dalam proses. Patuhi
sekatan, dan ikut sebarang
peruntukan atau peraturan.
Suasana berpotensi letupan
Jangan gunakan telefon anda di
tempat pengisian minyak.
Jangan gunakan berhampiran
bahan bakar atau bahan kimia.
Jangan angkut atau simpan gas
mudah terbakar, cecair atau bahan
letupan dalam petak kenderaan
anda yang mengandungi telefon
mudah alih dan aksesori anda.
9

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents