Download Print this page

Philips FC6723 Manual page 12

Hide thumbs Also See for FC6723:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Bahasa Melayu
14
- Jika produk menjadi panas secara luar biasa, mengeluarkan bau yang luar biasa, berubah warna
atau jika pengecasan memakan masa yang lebih lama daripada biasa, berhenti menggunakan
serta mengecas produk dan hubungi pengedar Philips tempatan anda.
- Jangan letakkan produk dan baterinya dalam ketuhar gelombang mikro atau pada dapur induksi.
- Produk ini mengandungi bateri boleh cas semula yang tidak boleh diganti. Jangan buka produk
untuk menggantikan bateri boleh cas semula.
- Apabila anda mengendalikan bateri, pastikan tangan anda, produk dan bateri kering.
- Untuk mengelakkan bateri daripada memanas atau melepaskan bahan toksik atau berbahaya,
jangan ubah suai, tebuk atau rosakkan produk dan bateri serta jangan tanggalkan, litar pintas,
terlebih cas atau mengecas terbalik bateri.
- Untuk mengelakkan litar pintas bateri yang tidak disengajakan selepas pengeluaran, jangan
biarkan terminal bateri tersentuh objek logam (mis. syiling, pin rambut, cincin). Jangan balut bateri
dengan kertas aluminium, melekat terminal bateri atau meletakkan bateri ke dalam beg plastik
selepas anda membuangnya.
- Jika bateri rosak atau bocor, elakkan daripada tersentuh kulit atau mata. Jika ini berlaku, bilas
segera dengan air dan dapatkan rawatan perubatan.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian dan peraturan yang berkaitan dengan pendedahan
kepada medan elektromagnet.
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori atau alat ganti, lawati www.philips.com/parts-and-accessories atau pergi ke
wakil penjual Philips anda. Anda juga boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pengguna Philips di
negara anda (lihat risalah jaminan antarabangsa untuk maklumat perhubungan).
Jaminan dan sokongan
Jika anda memerlukan maklumat atau sokongan, sila lawati www.philips.com/support atau baca
risalah jaminan antarabangsa.
Mengitar semula
- Jangan buang produk bersama sampah rumah biasa di akhir hayatnya, sebaliknya bawanya ke
pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat demikian, anda membantu untuk
memelihara persekitaran.
- Produk ini mengandungi bateri boleh cas semula bina dalam yang tidak harus dibuang bersama
sampah rumah biasa. Kami menasihatkan anda untuk membawa produk anda ke pusat pungutan
rasmi atau pusat khidmat Philips supaya bateri boleh cas semula itu dikeluarkan oleh seorang
profesional.
- Ikuti peraturan negara anda bagi pemungutan produk elektrik dan elektronik serta bateri kitar
semula secara berasingan. Pembuangan secara betul membantu mengelakkan akibat negatif bagi
kesihatan manusia dan persekitaran.

Hide quick links:

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Fc6722Fc6727Fc6726Fc6725Fc6724