Arahan Pengendalian - Nilfisk-Advance 10S4P-UR18650RX Instructions For Use Manual

36v li-ion
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
1
Arahan keselamatan
AMARAN
Baca semua amaran keselamatan dan
semua arahan. Kegagalan untuk mematuhi
amaran dan arahan boleh mengakibatkan
kejutan elektrik, kebakaran dan/atau keced-
eraan yang serius.
AMARAN
Cas semula hanya dengan menggunakan pengecas yang
ditetapkan oleh pengeluar. Pengecas yang sesuai untuk
satu-satu jenis pek bateri boleh mendatangkan risiko keba-
karan apabila digunakan dengan pek bateri lain.
Apabila pek bateri tidak digunakan, sila pastikan ia berada
jauh dari objek logam lain, seperti klip kertas, duit syiling,
kunci, paku, skru atau lain-lain objek logam kecil yang
boleh mewujudkan sambungan dari satu terminal ke ter-
minal yang lain. Satu litar pintas pada terminal bateri boleh
menyebabkan melecur, kebakaran dan kecederaan yang
serius.
Di bawah keadaan yang kasart, cecair boleh mengalir kel-
uar dari bateri; elakkan sentuhan. Sekiranya berlaku sentu-
han secara tidak sengaja, sila basuh dengan air. Sekiranya
bahan cecair terkena pada bahagian mata, sila dapatkan
bantuan tambahan perubatan. Cecair yang terkeluar dari
bateri boleh menyebabkan berlaku kerengsaan atau me-
lecur.
Jangan menggunakan pek bateri atau perkakas yang
rosak atau telah diubah suai. Bateri yang rosak atau yang
telah diubahsuai boleh menunjukkan hasil yang tidak me-
nentu yang boleh mengakibatkan kebakaran, letupan dan
risiko kecederaan.
Jangan dedahkan pek bateri atau perkakas kepada api
atau suhu yang berlebihan. Pendedahan kepada api atau
suhu melebihi 130°C (266°F) boleh menyebabkan letupan.
Patuhi semua arahan pengecasan dan jangan mengecas
pek bateri di luar julat suhu yang dinyatakan dalam arahan
ini. Mengecas secara tidak wajar atau pada suhu di luar
julat yang ditetapkan boleh merosakkan bateri dan mening-
katkan risiko kebakaran.
Jangan membuka, mengubah suai atau cuba untuk mem-
baiki pek bateri.
Jangan mengecas pek bateri dalam persekitaran yang
lembap atau basah
Jangan menutup pengecas atau pek bateri dengan
kain atau bahan-bahan lain. Pengecas dan pek bateri
akan menjadi panas semasa dicaj dan kekurangan pen-
gudaraan boleh mengakibatkan kebakaran atau keceder-
aan serius.
Jangan menggunakan pek bateri untuk peralatan yang
tidak ditetapkan.
Pastikan pek bateri dan pengecas berada jauh dari kanak-
kanak jika tidak dipantau dengan sempurna
Pastikan pek bateri, termasuk saluran
pengudaraan dan bahagian sentuhan bersih daripada
kekotoran dan kelembapan. Elakkan kekotoran dan kelem-
bapan memasuki
ke dalam pek bateri semasa proses pembersihan
Kegagalan untuk mematuhi amaran ini boleh mengakibat-
kan berlakunya letupan, kebakaran, kebocoran dan/atau
kecederaan yang serius
64
2
Pengenalan
2.1
Arahan untuk penggunaan
Manual ini akan membantu anda mendapatkan yang ter-
baik daripada perkakas Nilfisk anda.
Sebelum menggunakan perkakas buat kali pertama, sila
pastikan anda membaca dokumen ini sepenuhnya dan
menyimpannya dengan selamat.
Selain arahan pengendalian dan peraturan pencegahan
kemalangan yang sah di negara penggunaan, sila patuhi
peraturan-peraturan yang diiktiraf untuk keselamatan dan
penggunaan yang betul.
PLAT PENARAFAN
Nombor Model dan Nombor Siri mesin anda ditunjukkan di
plat penarafan pada mesin.
Maklumat ini diperlukan apabila membuat pesanan alat
ganti untuk mesin. Gunakan ruang di bawah untuk menulis
maklumat Model
Nombor dan Nombor Siri mesin anda sebagai rujukan
masa depan.
NOMBOR MODEL _______________________________
NOMBOR SIRI _______________________________
2.2
Operasi
Mengecas pek bateri
Pek bateri yang dihantar telah dicas lebih kurang seban-
yak 30% bagi tujuan masa penyimpanan yang lama dan
pengangkutan yang selamat.
Sambungkan pengecas terus kepada pek bateri atau
melalui perkakas atau pasangkan pek bateri pengecas
bergantung pada aplikasi. (Lihat Panduan pengguna untuk
pengecas atau perkakas).
Pek bateri hendaklah dicas dalam persekitaran yang ker-
ing dan dalam julat suhu ambien 0°C hingga 40°C. (32°F
hingga +104°F)
Pek bateri mempunyai Sistem Pengurusan Bateri berse-
padu, yang melindungi sel-sel daripada mengecas dan
menyahcas secara kasar. Sistem ini juga memaksimum-
kan hayat bateri dengan mengimbangi sel-sel semasa caj.
Penyimpanan pek bateri
Pek bateri yang telah dinyahcas sepenuhnya tidak boleh
disimpan tanpa dicas untuk tempoh lebih daripada 4 ming-
gu maksimum.
Pek bateri yang telah dicas 30% (2 LED hijau) boleh disim-
pan sehingga 24 bulan dalam pelbagai suhu dari -20 hing-
ga 40°C. (-4°F hingga +104°F)
Kegagalan untuk mematuhi garis panduan penyimpanan,
mungkin boleh menyebabkan kerosakan pek bateri, yang
perlu dilupuskan. (Sila rujuk bahagian Pelupusan pek Bat-
eri).
Terjemahan arahan asal

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents