Download Print this page

Bahasa Melayu - Philips HP4622/00 User Manual

Airstylist voyage 300w

Advertisement

BAHASA MELAYU

12
Pendahuluan
Peralatan ini, Philips beauty Airstylist Voyage 300
direka khas untuk memberikan penggayaan yang
cantik dengan cepat dan mudah. Untuk
mendapatkan hasil yang terbaik, tolong baca
arahan-arahan berikut dengan cermat sebelum
menggunakannya.
Penting
Sebelum alat disambung, periksa apakah voltan
yang ditunjukkan di alat sama dengan voltan
wayar tempatan.
Jangan sampai alat kena air! Jangan
menggunakan barang ini dekat atau di atas air
yang ada di dalam kolah mandi, sinki cuci
tangan, sinki, dll. Kalau menggunakannya di bilik
mandi, cabut plag alat setelah
menggunakannya, kerana dekatnya air juga
merupakan risiko kalaupun pengering rambut
dimatikan.
Sebagai perlindungan tambahan lebih baik
untuk melindungi litar elektrik yang
membekalkan bilik mandi dengan suis penutup
litar elektrik yang menghentikan arus lebih
dari 30 mA. Sila tanya nasihat pemasang.
Jika peralatan ini menjadi terlalu panas, ia akan
dimatikan dengan sendiri.Tanggalkan plag
peralatan dan biarkannya menyejuk selama
beberapa minit. Sebelum anda memasang
pelatan semula, periksa peralatan untuk
memastikan grilnya tidak dihalangi oleh debu
terkumpul, rambut dan sebagainya.

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hp4622