Download Print this page

Philips HP4640/00 User Manual page 11

Satin curl aqua hair styler

Advertisement

Bersedia untuk menggunakannya
1
Memutar buka takungan air Hujung Dingin dari berus (rajah 1).
2
Mengisi takungan dengan air sampai tanda paras maksimum di
bawah paip yang terbuka sedikit (rajah 2).
3
Pegang peralatan secara menegak dengan hujung berus menghala
ke bawah, dan pasangkan skru pada takungan ke berus itu (rajah 3).
4
Membuka takungan setakat suku putaran, terus mengetatkannya
lagi supaya tertutup baik dan kebocoran terhalang.
Menggunakan perkakas
Sebelum mendandan, sikat atau beru rambut anda agar ia licin dan
B
tidak kusut.
Kami menasihatkan anda menguji kerinting untuk mengenalpasti
B
berapa lama berus perlu dipegang dalam rambut anda untuk
mendapatkan hasil yang baik. Mulakan dengan 8 hingga 10 saat. Anda
mungkin perlu memegang berus dalam rambut anda lebih lama untuk
kerinting yang lebih ketat. Kerinting yang kurang ketat memerlukan
kurang dari 8 saat.
1
Pasangkan palam di soket dinding (rajah 4).
Lampu pandu menyala dan peralatan mula menjadi panas.
Alat dapat digunakan setelah kira-kira 15 minit.
2
Mula mendandan apabila titik sedia pada alat sambung berubah
warna (rajah 5).
3
Ambil satu gumpalan rambut dan lilitkannya pada berus. Pastikan
hujung rambut dililit mengikut arah yang diperlukan (rajah 6).
Jangan lilitkan terlalu banyak rambut di sekeliling laras pada satu masa.
Makin halus gelung rambut, makin halus keritingnya.
Jangan lilitkan rambut lebih daripada dua kali di sekeliling berus.
Pastikan yang gumpalan rambut itu bersentuhan dengan laras berus.
BAHASA MELAYU
11

Hide quick links:

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hp4640/01Hp4640