LG -C310 User Manual page 59

Hide thumbs Also See for LG-C310:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 151
Penjagaan dan
penyelenggaraan produk
AMARAN: Hanya
gunakan bateri, pengecas
dan aksesori yang diluluskan
untuk kegunaan dengan
telefon model ini. Penggunaan
sebarang jenis lain boleh
mentaksahkan sebarang
kelulusan atau waranti yang
berkaitan dengan telefon, dan
mungkin berbahaya.
Jangan buka bahagian-bahagian
unit ini. Bawanya ke juruteknik
perkhidmatan yang kelayakan
apabila kerja pembaikan
diperlukan.
Jauhkan dari perkakas elektrik
seperti TV, radio, dan komputer
peribadi.
Unit ini hendaklah dijauhkan
daripada sumber haba seperti
radiator atau dapur.
Jangan jatuhkan.
Jangan biarkan unit ini
didedahkan pada getaran atau
kejutan mekanikal.
Matikan telefon di tempat
larangan telefon bimbit.
Contohnya, jangan gunakan
telefon di dalam hospital kerana
mungkin mengganggu peralatan
hospital.
Jangan kendalikan telefon dengan
tangan yang lembap semasa
telefon sedang dicas. Kemungkinan
akan terjadi renjatan elektrik atau
telefon akan rosak.
Jangan cas di kawasan
berhampiran bahan mudah
terbakar kerana telefon akan
menjadi panas dan boleh
menyebabkan kebakaran.
Gunakan kain yang kering untuk
membersihkan bahagian luar
unit ini. Jangan gunakan pelarut
seperti benzena, pencair atau
alkohol.
Jangan cas telefon di atas perabot
yang lembut.
Telefon haruslah dicas di kawasan
pengudaraan yang baik.
Jangan dedahkan unit ini kepada
asap atau habuk yang berlebihan.
Jangan simpan telefon di
sebelah kad kredit atau tiket
pengangkutan; ia boleh
menjejaskan maklumat pada jalur
magnetik.
Jangan ketik skrin dengan objek
yang tajam; ia boleh merosakkan
telefon.
5

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents