Download Print this page

Bahasa Melayu - Philips HQ33/15 User Manual

Philips electric shaver hq33

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

BAhAsA MElAyU

Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke
Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada
sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk
anda di www.philips.com/welcome.
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda
menggunakan perkakas dan simpan untuk rujukan masa
depan.
Amaran
-
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
Awas
-
Pastikan perkakas sentiasa kering.
-
Guna dan simpan perkakas pada suhu antara 15°C
dan 35°C.
-
Keluarkan bateri dari perkakas itu jika anda tidak akan
menggunakannya untuk beberapa waktu yang lama.
Mematuhi piawai
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF). Jika
dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam
manual pengguna ini, perkakas selamat untuk digunakan
menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Bersedia untuk menggunakannya
Memasukkan bateri
Perkakas menggunakan dua bateri jenis R6 AA 1.5 volt.
Sebaik-baiknya gunakan bateri beralkali Philips.
Pastikan tangan anda kering semasa anda memasukkan
bateri.
1
Tanggalkan penutup petak bateri (Gamb. 1).
2
Letak dua bateri di dalam petak bateri (Gamb. 2).
Nota: Pastikan penunjuk + dan - pada bateri sepadan
dengan penunjuk di dalam petak bateri.
Nota: Pencukur tidak berfungsi jika bateri tidak dipasang
dengan betul.
Untuk mengelak kerosakan yang berpunca
daripada kebocoran bateri
-
Jangan dedahkan perkakas pada suhu yang melebihi
35C.
-
keluarkan bateri jika perkakas tidak akan digunakan
selama sebulan atau lebih;
-
Jangan biarkan bateri kosong di dalam perkakas.
Masa pencukuran
Dua buah bateri baru memberikan masa cukuran selama
60 minit.
Menggunakan perkakas
Pencukuran
Kulit anda mungkin memerlukan 2 atau 3 minggu untuk
membiasakan diri dengan sistem Philips.
Hasil pencukuran yang terbaik akan terhasil jika muka
anda kering.
1
Tekan kunci suis dan tolak gelangsar hidup/mati ke
atas untuk menghidupkan pencukur (Gamb. 3).
Nota: Kunci suis mengelakkan perkakas dari dihidupkan
dengan tidak sengaja.
2
Gerakkan kepala pencukur di atas permukaan
kulit anda. Lakukan kedua-dua gerakan lurus dan
bulat (Gamb. 4).
3
Tolak gelangsar hidup/mati ke bawah untuk
mematikan alat pencukur.
4
Letak penutup pelindung pada pencukur
untuk mengelakkan kerosakkan pada kepala
pencukur (Gamb. 5).
4222.001.8943.6
Pembersihan dan penyenggaraan
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen
pembersih yang melelas atau cecair yang agresif seperti
petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas.
Membersih alat pencukur dengan kerapkali untuk
menjamin prestasi pencukuran terbaik.
Sembur Pembersihan Kepala Pencukur Philips (jenis
no.HQ110) boleh didapati untuk pembersihan yang
mudah dan optimum. Untuk mendapatkan maklumat
lanjut, sila hubungi penjual Philips anda.
Nota: Sembur Pembersihan Kepala Pencukur
Philips mungkin tidak terdapat di semua negara. Hubungi
Pusat Khidmat Pelanggan di negara anda untuk mengetahui
tentang ketersediaan aksesori ini.
Anda juga boleh membersihkan pencukur dengan cara
yang berikut:
setiap minggu: unit pencukur dan ruang
rambut
1
Matikan pencukur.
2
Bersihkan bahagian atas perkakas dahulu. Gunakan
berus pembersih yang dibekalkan (Gamb. 6).
3
Tekan butang pelepas (1) dan tanggalkan unit
pencukur (2) (Gamb. 7).
4
Bersihkan bahagian dalam unit pencukur dan ruang
rambut dengan berus pembersih (Gamb. 8).
5
Kembalikan unit pencukur kepada
pencukur (Gamb. 9).
setiap dua bulan: kepala pencukur
1
Matikan pencukur.
2
Tekan butang pelepas (1) dan tanggalkan unit
pencukur (2) (Gamb. 7).
3
Untuk menanggalkan rangka penahan, tolak
bahagian tepi spring tengah ke arah masing-masing
(1). Kemudian angkat rangka penahan dari unit
pencukur (2) (Gamb. 10).
4
Luncur keluarkan kepala pencukur dari rangka
penahan dan bersihkannya satu per satu (Gamb. 11).
Jangan campur adukkan pemotong dan adang yang
berlainan set.
Ini penting kerana tiap pemotong diasah dengan adang
sepadan untuk mendapatkan pencapaian optimum.
Prestasi pencukuran optimum mungkin mengambil
masa beberapa minggu untuk dipulihkan sekiranya anda
mencampur-adukkan pemotong dan adang tersebut
dengan tidak sengaja.
5
Bersihkan pemotong dengan bahagian bulu pendek
pada berus pembersih (Gamb. 12).
Berus ke arah anak panah dengan berhati-hati.
6
Bersihkan adang dengan berus (Gamb. 13).
7
Gelongsorkan kepala pencukur balik ke dalam
rangka penahan dan pasangkan semula rangka
penahan itu ke unit pencukur.
8
Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
Pembersihan ekstra rapi
Untuk pembersihan yang lebih rapi, letakkan kepala
pencukur ke dalam cecair nyahgris (contohnya alkohol)
setiap enam bulan. Untuk menanggalkan kepala pencukur,
ikuti langkah 1 hingga 4 seperti yang dihuraikan di atas.
Setelah dibersihkan, lincirkan bahagian tengah di sebelah
dalam adangan dengan setitik minyak mesin jahit untuk
mengelak kepala pencukur menjadi haus.
Penyimpanan
1
Matikan pencukur.
2
Letak penutup pelindung pada pencukur
untuk mengelakkan kerosakkan pada kepala
pencukur (Gamb. 5).
Penggantian
Gantikan kepala pencukur setiap 2 tahun untuk hasil
pencukuran yang optimum.
Gantikan kepala pencukur yang rosak atau haus dengan
kepala pencukur HQ3 Philips Double Action sahaja.
1
Matikan pencukur.
2
Tekan butang pelepas (1) dan tanggalkan unit
pencukur (2) (Gamb. 7).
3
Untuk menanggalkan rangka penahan, tolak
bahagian tepi spring tengah ke arah masing-masing
(1). Kemudian angkat rangka penahan dari unit
pencukur (2) (Gamb. 10).
4
Luncurkan kepala pencukur keluar daripada
rangka penahan dan gantikannya dengan yang
baru (Gamb. 11).
5
Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
6
Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
Aksesori
Aksesori berikut boleh didapati:
-
Kepala pencukur HQ3 Dwi Tindakan Philips.
-
Sembur Pembersihan Kepala Pencukur Philips
HQ110 (tidak terdapat di China).
Alam sekitar
-
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada
akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat pungutan
rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan
sedemikian anda akan membantu memelihara alam
sekitar (Gamb. 14).
-
Bateri mengandungi bahan yang mungkin mencemar
alam sekitar. Jangan buang bateri dengan sampah
rumah biasa, tetapi lupuskannya di pusat pemungutan
rasmi untuk bateri. Sentiasa keluarkan bateri
sebelum membuang perkakas dan bawanya ke pusat
pemungutan rasmi.
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi
masalah, sila kunjungi laman web Philips di www.philips.
com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips
di negara anda (anda boleh mendapatkan nombor
telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada
Pusat Layanan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil
pengedar Philips tempatan atau hubungi Jabatan Servis
Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri BV Philips.
Pembatasan jaminan
Kepala pencukur (pemotong dan adangan) tidak ada
jaminan antarabangsa kerana ada untuk dipakai.
6/14

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hq33Hq30